DUNIA
Pengharaman Palestine Action langgar hak asasi - PBB
Turk (gambar), seorang peguam dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, menggesa kerajaan United Kingdom agar menarik balik keputusan mengharamkan kumpulan Palestine Action. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Tindakan Britain mengharamkan kumpulan Palestine Action disifatkan sebagai "penyalahgunaan undang-undang antikeganasan yang membimbangkan", menurut Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor PA Media/dpa.
Volker Turk menggesa kerajaan United Kingdom supaya menarik balik pengharaman tersebut, yang disifatkannya sebagai "tidak seimbang dan tidak perlu" dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kerajaan Britain mengambil langkah mengisytiharkan Palestine Action sebagai pertubuhan pengganas selepas kumpulan itu mengaku bertanggungjawab merosakkan dua pesawat di Pangkalan Udara RAF Brize Norton pada 20 Jun lalu.
Dengan pengharaman itu, keahlian atau sokongan terhadap Palestine Action kini menjadi satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.
Pengasas bersama kumpulan itu, Huda Ammori, sedang mencabar pengharaman berkenaan melalui tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi.
Turk, seorang peguam dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, menggesa kerajaan UK agar "menarik balik keputusan tersebut."
"Keputusan itu dilihat tidak seimbang dan tidak perlu.
"Ia menyekat hak ramai individu yang terlibat atau menyokong Palestine Action, yang sebenarnya tidak melakukan sebarang jenayah, sebaliknya hanya menggunakan hak mereka untuk bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan UK supaya "menarik balik keputusan mengharamkan Palestine Action serta menghentikan siasatan dan prosiding lanjut terhadap penunjuk perasaan yang ditahan atas dasar pengharaman ini."
"Saya juga menggesa kerajaan UK agar menyemak semula dan meminda undang-undang antikeganasan mereka, termasuk definisi perbuatan pengganas, agar sejajar sepenuhnya dengan norma dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa," katanya lagi.
Turk turut mengkritik undang-undang domestik Britain yang menurutnya mentakrifkan perbuatan pengganas secara "terlalu luas", termasuk kerosakan serius terhadap harta benda.
"Menurut piawaian antarabangsa, perbuatan pengganas seharusnya terhad kepada tindakan jenayah yang bertujuan menyebabkan kematian, kecederaan serius, atau penahanan tebusan, bagi tujuan menakutkan orang awam atau memaksa kerajaan melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan," jelasnya.
Pihak kerajaan telah dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.
-- BERNAMA