awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghijrahan besar-besaran dari utara Gaza, penduduk larikan diri daripada serangan Israel

Bernama
Bernama
18/03/2025
11:05 MYT
Penghijrahan besar-besaran dari utara Gaza, penduduk larikan diri daripada serangan Israel
Perpindahan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan peningkatan pengeboman, kemusnahan, dan pembunuhan melalui serangan Israel. - Gambar/ Reuters
GAZA: Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Ia susulan penyambungan semula serangan pasukan tentera pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Perpindahan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan peningkatan pengeboman, kemusnahan, dan pembunuhan, terutamanya selepas pasukan pendudukan Israel mengarahkan penduduk untuk mengosongkan Beit Hanoun di utara, serta Khirbet Khuza'a, Abasan al-Kabira, dan al-Jadidah di selatan, ke kawasan barat Bandar Gaza dan kawasan Mawasi Khan Yunis.
Pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza pada waktu subuh selepas berehat lebih dua bulan, melancarkan beberapa siri serangan udara intensif dan menembak peluru berpandu ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.
Sumber perubatan mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat pengeboman tentera pendudukan Israel di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 326, manakala 660 yang lain cedera, dengan beberapa mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.
Sejak 7 Okt 2023, tentera pendudukan Israel telah melancarkan serangan terhadap Semenanjung Gaza, mengakibatkan pembunuhan lebih 48,572 orang, yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita, dan kecederaan 112,032 yang lain, manakala sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#gencatan senjata
#Gaza
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan