DUNIA
Pengiktirafan Palestin perlu ketegasan agar tidak dijadikan boneka seperti PLO - Penganalisis
Aminurraasyid turut menegaskan agar Israel diheret kemuka pengadilan atas tindakan kekejaman yang dilakukan oleh mereka ke atas warga Palestin, terutama di wilayah Gaza. - Gambar Adobe
KUALA LUMPUR: Pengiktirafan ke atas negara Palestin memerlukan ketegasan agar tidak dijadikan boneka seperti yang berlaku ke atas Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Tebing Barat.
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis UUM, Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban berpendapat, model negara yang dibina oleh PLO tidak wajar dijadikan contoh di masa hadapan.
“Ini terbukti bagaimana layanan mereka dalam keadaan telah ada PLO di Tebing Barat contohnya, bagaimana mereka hanya dijadikan boneka, diperleceh dan dihina begitu sahaja.
“Seakan-akan mereka tiada peranan dari sudut pertahanan dalam hal mempertahankan warga mereka rakyat mereka pun tiada kemampuan,” katanya semasa program Pantau Agenda Reformasi: Pengiktirafan Terhadap Palestin Apa Maknanya? pada Selasa.
Pada 13 September 1993, PLO mengiktiraf peranan sebagai wakil Palestin manakala PLO turut mengiktiraf hak Israel untuk wujud secara aman.
Aminurraasyid turut menegaskan, Israel perlu diheret ke muka pengadilan atas tindakan kekejaman yang dilakukan mereka kepada warga Palestin, terutama di wilayah Gaza.
“Perkara lebih utama untuk diberikan penegasan adalah, Israel perlu tunduk, akur serta perlu dihukum, adakah kita boleh membiarkan Israel terlepas begitu sahaja?
“Dengan segala jenayah perang, jenayah kemanusiaan, pembunuhan dilakukan maka perlu ada suatu ketegasan sekurang-kurangnya pada kedudukan sekarang Israel wajib berundur sepenuhnya dari Gaza dan Tebing Barat,” tegasnya.
Beliau turut menyeru agar Malaysia kekal dengan ketegasannya untuk tidak mengiktiraf Israel sebaliknya terus berjuang memastikan pembebasan Palestin dan hak-hak mereka dikembalikan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka menyampaikan ucapan pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) hari ini, sehari selepas puluhan pemimpin dunia berkumpul di PBB untuk mengiktiraf negara Palestin.
Aminurrasyid menjangkakan, Trump akan menjadikan Hamas sebagai alasan untuk menolak agenda pengiktirafan.
“Kita sama-sama menyaksikan bagaimana AS (dengan) kuasa vetonya untuk membatalkan resolusi usul yang dikemukakan Majlis Keselamatan PBB walaupun undian 14-1.
“Kita melihat di sana mereka akan memberikan penekanan memomokkan bagaimana yang perlu diserang, dicantas adalah Hamas sedangkan dunia sama-sama menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan adalah (daripada) rejim haram Israel,” katanya.
Beliau juga berharap, peranan China sebagai kuasa besar dalam mengiktiraf Palestin dapat mengimbangi tindakan veto AS yang dilihat menghalang ke arah usaha tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini