DUNIA
Pengiktirafan Palestin: Rusia tegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara
Peskov (foto) tegaskan penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan damai terhadap konflik Israel-Palestin, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB. -Gambar hiasan/Reuters
MOSCOW: Rusia menegaskan bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin, susulan tindakan beberapa negara Barat yang mengiktiraf negara Palestin secara rasmi minggu ini.
Ringkasan AI
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia tetap komited terhadap resolusi asas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pendirian antarabangsa yang menyokong penyelesaian dua negara sebagai kaedah damai untuk menamatkan konflik yang telah berlarutan selama beberapa dekad.
“Kami kekal berpegang kepada pendekatan dua negara dan percaya ia satu-satunya cara untuk menyelesaikan konflik yang sangat kompleks dan kini berada pada tahap paling tragik dalam sejarahnya,” kata Peskov kepada media di Moscow.
Kenyataan itu dibuat selepas United Kingdom, Kanada, Australia dan Portugal mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin pada 21 September, sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Israel di Gaza dan kebuntuan diplomatik yang berpanjangan.
Langkah tersebut telah mencetuskan kemarahan Israel, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyifatkannya sebagai ganjaran kepada keganasan dan memberi bayangan akan memperluaskan penempatan haram di Tebing Barat sebagai tindak balas.
Rusia, yang telah mengiktiraf negara Palestin sejak 1988, menyeru agar komuniti antarabangsa memperkukuh usaha diplomatik dan tidak membiarkan pelan dua negara lenyap sepenuhnya di tengah-tengah ketegangan semasa.
Sidang kemuncak khas berhubung pelan dua negara dijadualkan berlangsung di New York hari ini, dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi, dengan kehadiran pemimpin dunia bagi merangka pelan damai jangka panjang.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Rusia tegaskan penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan damai terhadap konflik Israel-Palestin, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
- Kenyataan dibuat susulan pengiktirafan rasmi negara Palestin oleh UK, Kanada, Australia dan Portugal, yang mencetuskan kemarahan Israel.
- Rusia seru komuniti antarabangsa perkukuh usaha diplomatik dan sokong sidang kemuncak khas di PBB bagi merangka pelan damai jangka panjang.