awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguin sama jantina jadi 'ibu bapa'?

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2018
06:04 MYT
Penguin sama jantina jadi 'ibu bapa'?
Bagaimanapun, 'hubungan sejenis' itu tidak akan menghasilkan telur dan ia hanya bertahan sementara kerana penguin biasanya akan mencari pasangan lain. - Foto Sinar Harian
Dua penguin jantan yang menjadi 'pasangan sejenis' berjaya mengeram telur yang kemudiannya menetas, menurut akuarium Australia, hari ini.
Penyelia jabatan penguin di Sea Life Sydney Aquarium, Tish Hannan berkata, spesies gentoo digelar Sphen dan Magic itu kelihatan gembira menjaga 'anak angkat' mereka yang menetas pada 19 Oktober lalu dengan berat 91 gram.
Kedua-dua penguin itu mencuri perhatian kakitangan di akuarium tersebut selepas ia dilihat sering 'bersama' dan turut membina sarang bersama.
"Mereka ada 'chemistry'. Kedua-dua penguin tersebut mengenali isyarat masing-masing," ujarnya.
Tidak seperti mamalia lain, penguin jantan dan betina saling mengambil peranan ibu bapa 50-50.
"Tidak ada perbezaan yang nyata tentang tingkah laku pembiakan jantan dan betina. Jadi, ia adalah situasi biasa untuk mempunyai penguin jantan-jantan dan betina-betina menjadi 'pasangan sejenis', sekali gus menunjukkan tingkah laku pembiakan," jelasnya.
Bagaimanapun, 'hubungan sejenis' itu tidak akan menghasilkan telur dan ia hanya bertahan sementara kerana penguin biasanya akan mencari pasangan lain.
"Kami memberi peluang kepada Sphen dan Magic untuk menyertai musim pembiakan pada kali ini. Mereka mungkin akan kembali berpasangan pada tahun depan," ujarnya lagi.
Difahamkan, ia bukan pertama kali penguin sama jantina berjaya mengeram dan menetaskan telur.
Pada 2009, dua penguin jantan, Z dan Vielpunkt berjaya mengeram dan menetaskan telur di sebuah zoo di Berlin.
Topic Berkaitan
#gentoo
#MaGIC
#mamalia
#penguin jantan
#sphen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan