awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024

Agensi
Agensi
12/03/2024
01:10 MYT
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik Amerika Syarikat kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka. - Gambar Reuters
GEORGIA: Aktivis muda di Georgia, Amerika Syarikat (AS) turun ke lapangan, merentasi komuniti tempatan dalam memastikan suara pengundi generasi Z didengari dalam pilihan raya 2024 yang akan datang.
Sebelum ini, pada tahun 2022, generasi Z yang berumur antara 18 hingga 25 tahun, menyumbang 9 peratus kepada jumlah undian.
Di Georgia, golongan muda memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan Presiden Joe Biden pada tahun 2020 dan menyumbang secara signifikan kepada pertandingan Senat yang sengit.
Namun, landskap politik kini berubah, menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
William Joyner, seorang pelajar tahun ketiga di Universiti Teknologi Georgia berkata, dia sedang mencari calon yang lebih baik mewakili generasinya.
"Saya masih belum membuat keputusan. Rasanya ramai yang menjalankan perkara yang mereka pernah janjikan. Jadi saya mencari calon yang sebenarnya akan mewakili saya jika mereka dipilih," katanya.
Konflik di Gaza, penjagaan kesihatan, ekonomi, perubahan iklim, dan hak reproduktif adalah isu-isu utama bagi ramai pengundi muda.
Walaupun isu-isu ini berpotensi untuk meningkatkan jumlah pengundi, terdapat ketakutan yang meluas di kalangan sesetengah bahawa ia mungkin tidak mencukupi. - Agensi
Topic Berkaitan
#presiden as
#Belia
#Generasi Z
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan