Pengunjung jadikan Disneyland Shanghai 'tempat buangan sampah' sejak dibuka

Madiha Abdullah
Jun 21, 2016 09:45 MYT
Media kritik sikap tidak bertamadun sesetengah pengunjung ke Disneyland Shanghai. - Foto/AFP
Baru sahaja dibuka hujung minggu lalu, nama taman tema Disneyland Shanghai sudah mula menjadi sebutan, namun bukan atas sebab yang baik.
Enam minggu tempoh percubaan sebelum ini nampaknya tidak berjaya mengajar segelintir anggota masyarakat untuk menjaga adab dan etika ketika berada di situ.
Banyak media di China mencemuh sikap pengunjung yang bukan sahaja membuang sampah di merata kawasan taman tema itu, tetapi juga turut mempamerkan tingkah laku yang buruk, seperti membiarkan anak-anak kecil membuang air di kawasan terbuka.

Shocking: street lamp inscribed, toddler peed on road as crowds drawn in Shanghai Disney Resort ahead of its opening pic.twitter.com/vZL2v6HMnE

— People's Daily,China (@PDChina) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

now I'm gonna avoided Disney Shanghai. pic.twitter.com/upNgdKQevT

— L (@21KenanH) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Foto-foto yang diambil pengunjung memaparkan bagaimana kawasan taman tema yang sepatutnya kelihatan seperti sebuah dunia yang cantik dan penuh magis, tampak seperti sebuah kawasan pembuangan sampah awam.
Pihak pengurusan sebelum ini ada mengedarkan risalah etiket sepanjang ia dibuka enam minggu dalam tempoh percubaan.
Antara yang dilarang dilakukan dalam taman tema adalah membuang sampah merata-rata, merosakkan kemudahan awam dan apa sahaja yang diklasifikasikan sebagai 'kelakuan yang tidak bertamadun'.
Pada 2014, rakyat China dikritik kerana ditangkap membuang air di kawasan terbuka di Disneyland Hong Kong, namun tindakan itu disokong oleh pelancong lain yang juga dari China.
Mereka berkata ia tidak dapat dielakkan kerana jumlah tandas yang disediakan tidak mencukupi.
Laporan Apple Daily sebelum ini menyatakan jumlah tandas awam di Disneyland Shanghai adalah sangat kurang berbanding Disneyland Hong Kong.
#Disneyland #Shanghai #Shanghai Disneyland