awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan cemerlang COVID-19 beri kelebihan kepada Jacinda Ardern

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2020
22:21 MYT
Pengurusan cemerlang COVID-19 beri kelebihan kepada Jacinda Ardern
Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand, mahu peluang untuk meneruskan usaha mengekang penularan COVID-19 di kalangan komuniti. - Gambar fail AP
PENGUNDI New Zealand bakal menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan baharu pada Sabtu.
Perdana Menterinya, Jacinda Ardern kini dalam misi untuk dilantik semula dengan majoriti mutlak, selepas kejayaannya mengendalikan pandemik COVID-19.
Tinjauan pendapat sehingga kini meletakkan Parti Buruh dipimpin Ardern mendahului 15 mata daripada parti pembangkang, Parti Nasional, dengan 46 peratus sokongan.
Ardern mahu peluang untuk meneruskan usaha mengekang penularan COVID-19 di kalangan komuniti.
New Zealand antara negara yang berjaya menghentikan penularan COVID-19. Ia hanya mencatat 25 kes kematian daripada populasi 5 jutanya.
Karisma dan daya kepimpinan Ardern juga memberi kelebihan, terutama sekali dengan kejayaan menangani pelbagai krisis sepanjang tiga tahun.
Ini termasuk tragedi tembakan oleh pelampau kulit putih di Christchurch, yang mengorbankan 51 nyawa.
Tiada parti yang berjaya meraih majoriti mutlak sejak negara itu menggunakan sistem pengundian baharu pada 1996. Ia menyaksikan pembentukan kerajaan multi parti.
Satu-satunya cabaran Ardern ketika ini adalah Parti Nasional yang diketuai Judith Collins. Kempen Collins lebih tertumpu kepada isu cukai ke atas golongan kaya.
Sejumlah 3.5 juta penduduk mendaftar sebagai pengundi. Pilihan raya ini dijadualkan 19 September lalu, namun ditunda kerana COVID-19.
Topic Berkaitan
#New Zealand
#pilihan raya
#COVID-19
#cukai
#pembangkang
#tinjauan pendapat
#Parti Buruh
#Parti Nasional
#majoriti
#dilantik semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan