Pengurusan loji tenaga nuklear Ukraine ditukar dari Moscow ke Paris

Bernama
April 1, 2022 04:19 MYT
Loji kuasa nuklear Ukraine menjadi sebahagian daripada pusat WANO Moscow sejak penubuhan organisasi itu pada 1989. - Gambar fail/REUTERS
KYIV: Pertubuhan Pengendali Nuklear Dunia (WANO) memindahkan Energoatom, iaitu pengendali loji tenaga nuklear Ukraine, dari Moscow, Rusia ke direktorat Paris, Perancis kata Energoatom pada Khamis.
"Lembaga Pentadbiran WANO pada mesyuaratnya menyokong aplikasi Energoatom dan buat keputusan untuk memindahkan pengurusan syarikat itu, bersama pengurusan semua loji dan unit kuasa nuklearnya, ke pusat persatuan itu di Paris," tulis Energoatom di Facebook, lapor Xinhua.
Loji kuasa nuklear Ukraine menjadi sebahagian daripada pusat WANO Moscow sejak penubuhan organisasi itu pada 1989, kata Energoatom.
Sebanyak 15 unit nuklear di empat loji kuasa nuklear Ukraine yang beroperasi menjana kira-kira 55 peratus daripada keperluan elektrik Ukraine.
-- BERNAMA
#loji nuklear #Ukraine #Rusia #Pertubuhan Pengendali Nuklear Dunia #putin