[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Penjaga bangunan jalankan khidmat rawatan facelift

Sinar Harian 17/08/2023 | 01:15 MYT
Rawatan menegangkan kulit amat popular di Vietnam dan pelanggan sanggup mengambil risiko menggunakan khidmat individu yang tiada tauliah. - Foto agensi
HANOI: Sebuah salon kecantikan di Vietnam disiasat kerana membenarkan seorang penjaga bangunan melakukan rawatan 'facelift' atau menegangkan kulit wajah ke atas pelanggan.
Premis yang terletak di daerah Thanh Khe di Da Nang itu diserbu pihak berkuasa pada 12 Ogos lalu dan pemeriksaan lanjut mendapati ia beroperasi secara haram.
Lapor akhbar Tuoi Tre, semasa serbuan dilakukan polis mendapati seorang wanita sedang menjalankan prosedur 'facelift' ke atas pelanggan dan mengaku bekerja sebagai penjaga bangunan di premis berkenaan.
Tambah akhbar tersebut, pemilik premis turut didapati melakukan beberapa kesalahan seperti gagal mengemukakan dokumen berkaitan peralatan perubatan selain tidak menyediakan penyimpanan sisa yang sempurna.
Kes tersebut masih disiasat. - Sinar Harian memetik agensi
#facelift #rawatan menegangkan kulit #penjaga bangunan #operasi secara haram