DUNIA
Penjaga zoo maut diserang sekumpulan singa di Safari World Bangkok
Safari World menutup sementara zon safari dan mengurung semua singa terlibat untuk penilaian keselamatan. -Gambar hiasan/FB Zoo Darling Downs
BANGKOK: Seorang penjaga zoo maut selepas diserang lima ekor singa di Safari World, di sini, dalam insiden tragis yang berlaku Rabu lalu dan disaksikan pengunjung yang berada di lokasi.
Ringkasan AI
Mangsa, Jian Rangkharasamee, 58, dipercayai keluar dari kenderaan semasa berada dalam zon singa sebelum seekor haiwan itu menerkamnya dari belakang.
Empat singa lain kemudian turut serta menyebabkan kecederaan parah yang membawa kepada kematian mangsa.
Menurut laporan bedah siasat Institut Perubatan Forensik Polis Diraja Thailand, Jian mengalami patah leher, saluran pernafasan koyak, dan luka dalaman pada paha yang menyebabkan pendarahan besar.
Organ dalaman mangsa didapati tidak dimakan oleh haiwan tersebut, menolak spekulasi awal di media sosial.
“Lehernya patah menyebabkan dia tidak dapat bergerak, saluran pernafasan koyak menghalang mangsa daripada menjerit, dan luka di paha menyebabkan kehilangan darah yang kritikal,” kata Mejar Jeneral Polis Wirun Supasingsiripreecha dalam sidang media di Hospital Besar Polis.
Insiden berlaku sekitar jam 11 pagi dan berlangsung selama kira-kira 15 minit. Pelawat cuba mengalihkan perhatian haiwan dengan membunyikan hon dan menjerit, namun tidak berjaya menghentikan serangan.
Pihak pengurusan Safari World memaklumkan bahawa semua singa terlibat telah dikurung untuk penilaian tingkah laku dan keselamatan.
Zon safari pandu masuk kini ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dan semakan semula protokol keselamatan.
Kematian Jian, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai penjaga haiwan, mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan zoo terbuka serta keperluan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard ketika berurusan dengan haiwan liar.
Ringkasan AI
- Seorang penjaga zoo maut diserang lima ekor singa di Safari World, Thailand, selepas keluar dari kenderaan dalam zon pameran.
- Bedah siasat sahkan mangsa alami patah leher, saluran pernafasan koyak dan pendarahan besar, menolak spekulasi bahawa organ dalaman dimakan.
- Safari World tutup sementara zon safari dan kurung semua singa terlibat untuk penilaian keselamatan, cetus kebimbangan terhadap SOP zoo terbuka.