awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Joe Biden bakal dianggotai ramai wanita, orang kulit berwarna

Agensi
Agensi
30/11/2020
22:12 MYT
Pentadbiran Joe Biden bakal dianggotai ramai wanita, orang kulit berwarna
Joe Biden, bakal Presiden Amerika Syarikat. - Gambar fail
PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita.
Perkara itu menjadikan pentabiran Biden berbeza dengan pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini yang majoritinya diwakili lelaki berkulit putih.
Antara anggota yang sudah diumumkan menduduki beberapa kerusi kabinet termasuk Janet Yellen, wanita pertama menjawat jawatan Simpanan Persekutuan, serta Setiausaha Perbendaharaan Adewale Adeyemo, individu kulit hitam pertama bagi jawatan itu.
Individu lain yang akan menganggotai pentadbiran Biden bermula 20 Jan depan akan diumumkan tidak lama lagi termasuk Neera Tanden yang akan mengetuai Pejabat Pengurusan dan Belanjawan White House.
Bekas ketua eksekutif badan pemikir Center for American Progress itu bakal menjadi wanita kulit berwarna pertama memimpin agensi tersebut, lapor Reuters.
Biden dan bakal Naib Presiden Kamala Harris dijangka menghadiri taklimat harian presiden yang pertama pada Isnin, menjadikan ia langkah pertama menuju ke pentadbiran baharu.
Trump pada Ahad mengekalkan pendiriannya dan mendakwa terdapat banyak unsur tipu yang menyebabkan keputusan Pilihan Raya AS Nov lalu tidak memihak kepadanya dalam satu temu bual oleh agensi berita Fox News pada Ahad.
Topic Berkaitan
#AS
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#presiden
#kabinet
#Donald Trump
#kulit berwarna
#kulit hitam
#kulit putih
#pentadbiran
#Janet Yellen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan