awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump 'intai' tanah Artik sebelum Biden masuk White House

Agensi
Agensi
18/11/2020
01:00 MYT
Pentadbiran Trump 'intai' tanah Artik sebelum Biden masuk White House
Tiga ekor beruang kutub dilihat berkeliaran di kawasan perlindungan hidupan liar di Artik. -Reuters
WASHINGTON:Pasukan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin meminta syarikat-syarikat tenaga mengenal pasti kawasan tanah di Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik untuk dijual.
Reuters melaporkan Jabatan Hal Ehwal Negara menyatakan sebarang pencalonan dan maklumat tentang kawasan tanah itu perlu diterima dalam tempoh 30 hari selepas ia diterbitkan dalam daftar negara AS.
Pencalonan kawasan-kawasan itu dijadual untuk disiarkan pada Selasa, namun salah satunya sudah diumum pada Isnin.
Tindakan pentadbiran Trump itu disifatkan sebagai strategi untuk membeli kawasan cari gali minyak di zon yang sebelum ini tidak diteroka di Artik.
Itu perlu dilakukan sebelum Joe Biden, yang pendiriannya membantah pembangunan industri tenaga, memulakan tugas di White House.
Kerja cari gali sudah diharamkan di Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik selama berdekad-dekad sebelum penggubal undang-undang percukaian dari parti Republikan menarik semula pengharaman itu pada 2017.
Penggiat undang-undang di Alaska selama ini sudahpun mendesak agar kawasan ekologi tersebut dibuka untuk penerokaan minyak dan gas.
Susulan tempoh 30 hari untuk pencalonan itu, pentadbiran Trump perlu mengeluarkan notis penjualan sewa beli yang akan berlaku.
Proses penjualan pula akan dibuat dalam tempoh 30 hari lagi selepas itu, sebelum Biden mengangkat sumpah pada 20 Januari 2021.
Topic Berkaitan
#Alaska
#cari gali minyak
#zon hidupan liar
#Joe Biden
#Donald Trump
#Zon Perlindungan Hidupan Liar Artik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan