DUNIA
Pentadbiran Trump luluskan jualan cip AI Nvidia ke China dengan syarat ketat
Pentadbiran Trump luluskan jualan cip AI H200 Nvidia ke China dengan syarat ketat, mencetuskan kebimbangan keselamatan di Washington. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Selasa memberikan kelulusan rasmi kepada penjualan cip kecerdasan buatan (AI) kedua paling berkuasa keluaran Nvidia kepada China.
Ringkasan AI
Keputusan itu membuka laluan kepada penghantaran cip H200, walaupun ia mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan penggubal dasar di Washington yang bersikap tegas terhadap China.
Di bawah peraturan baharu tersebut, cip-cip berkenaan perlu dinilai oleh makmal ujian pihak ketiga bagi mengesahkan keupayaan teknikal AI sebelum ia dibenarkan dihantar ke China.
Selain itu, China tidak boleh menerima lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan cip yang dijual kepada pelanggan AS.
Nvidia juga diwajibkan mengesahkan bahawa bekalan cip H200 di AS mencukupi, manakala pelanggan China perlu membuktikan mereka mempunyai “prosedur keselamatan yang mencukupi” dan memberi jaminan cip tersebut tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan.
Syarat-syarat ini tidak pernah ditetapkan sebelum ini.
Nvidia dan Kedutaan China di Washington tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap permintaan komen.
Trump bulan lalu mengumumkan bahawa beliau akan membenarkan penjualan cip tersebut dengan syarat bayaran fi sebanyak 25 peratus kepada kerajaan AS.
Keputusan itu menerima kritikan hebat daripada golongan “China hawks” merentas spektrum politik AS, yang bimbang cip berkenaan boleh memperkukuh keupayaan ketenteraan Beijing dan menghakis kelebihan AS dalam bidang AI.
Penganalisis ekuiti Seaport Research, Jay Goldberg, berkata kepada Reuters, had eksport yang ditetapkan kelihatan sebagai satu kompromi, meletakkan sekatan tertentu ke atas jualan Nvidia ke China, namun sukar untuk dikuatkuasakan.
Beliau menyifatkannya sebagai penyelesaian sementara yang cuba menampal jurang besar dalam dasar eksport cip kerajaan AS.
Pesanan China Melebihi Dua Juta Cip
Syarikat teknologi China dilaporkan telah membuat pesanan melebihi dua juta unit cip H200, yang masing-masing berharga sekitar AS$27,000, jauh melebihi inventori Nvidia yang dianggarkan hanya 700,000 unit.
Pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, berkata syarikat itu sedang meningkatkan pengeluaran cip H200 susulan permintaan kukuh dari China dan pasaran global, yang turut menaikkan kos sewaan cip berkenaan di pusat data pengkomputeran awan.
Saif Khan, bekas pengarah teknologi dan keselamatan negara Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih di bawah Presiden Joe Biden, memberi amaran bahawa peraturan baharu itu akan meningkatkan keupayaan AI China dengan ketara.
Menurutnya, jumlah cip yang dibenarkan memasuki China setara dengan kuasa pengkomputeran yang dimiliki syarikat AI termaju AS ketika ini, selain cabaran besar untuk menguatkuasakan keperluan “kenali pelanggan” bagi mengekang penggunaan berniat jahat.
Kebimbangan sedemikian mendorong pentadbiran Biden sebelum ini mengharamkan penjualan cip AI termaju ke China.
Namun pentadbiran Trump, yang dipimpin oleh “AI czar” White House David Sacks, berhujah bahawa membenarkan penghantaran cip AI termaju ke China akan melemahkan pesaing tempatan China, termasuk Huawei yang dikenakan sekatan berat, daripada menggandakan usaha mengejar reka bentuk cip paling maju Nvidia dan AMD.
Ketika mengumumkan kelulusan itu bulan lalu, Trump berkata cip-cip berkenaan akan dieksport ke China “di bawah syarat yang membolehkan keselamatan negara terus terpelihara”.
Bagaimanapun, persoalan kekal sama ada pentadbiran AS benar-benar akan mengenakan had ketat ke atas penghantaran cip tersebut, atau sama ada Beijing akan membenarkan penjualannya di dalam negara.
Reuters sebelum ini melaporkan bahawa AS telah melancarkan semakan yang berpotensi membawa kepada penghantaran pertama cip H200 ke China.
Ringkasan AI
- AS membenarkan Nvidia menjual cip AI H200 ke China dengan had, semakan pihak ketiga dan larangan kegunaan ketenteraan.
- Keputusan itu dikritik kerana berisiko meningkatkan keupayaan AI dan ketenteraan China.
- Pentadbiran Trump berhujah langkah itu mengekang pesaing China daripada mengejar teknologi cip AS.