Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa

Trump pada Rabu menandatangani perintah eksekutif yang menangguhkan sokongan AS kepada 66 organisasi, agensi dan suruhanjaya. - Foto fail/REUTERS
PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa, termasuk agensi populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian PBB yang menetapkan rundingan iklim antarabangsa, dalam langkah AS semakin menjauhkan diri daripada kerjasama global.
Trump pada Rabu menandatangani perintah eksekutif yang menangguhkan sokongan AS kepada 66 organisasi, agensi dan suruhanjaya, susulan arahan beliau kepada pentadbirannya untuk menilai penglibatan dan pembiayaan terhadap semua organisasi antarabangsa.
Media antarabangsa melaporkan, kebanyakan sasaran adalah agensi, suruhanjaya dan panel penasihat PBB yang memberi tumpuan kepada isu iklim, buruh dan perkara lain yang dikategorikan oleh pentadbiran Trump sebagai menyokong inisiatif “woke” dan kepelbagaian.
Sebelum ini, pentadbiran Trump telah menangguhkan sokongan terhadap agensi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan agensi kebudayaan UNESCO.
Selaras dengan pendekatan “a-la-carte” dalam menyalurkan sumbangan kepada badan dunia, memilih operasi dan agensi yang dianggap selari dengan agenda Trump dan menolak yang tidak lagi berkhidmat kepada kepentingan AS.
Langkah ini menandakan perubahan besar berbanding pentadbiran terdahulu, sama ada Republik atau Demokrat dalam pengurusan hubungan dengan PBB, dan memaksa badan dunia tersebut, yang sedang melalui penstrukturan dalaman, mengambil tindakan termasuk pemotongan kakitangan dan program.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


