DUNIA
Pentadbiran Trump timbang larangan masuk terhadap 36 negara lagi - Memo Jabatan Negara
Pentadbiran Trump kini sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan larangan perjalanan sedia ada dengan menyenarai 36 negara tambahan yang berpotensi dilarang memasuki negara itu. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan larangan perjalanan sedia ada dengan menyenarai 36 negara tambahan yang berpotensi dilarang memasuki negara itu, menurut satu memo dalaman Jabatan Negara yang diperoleh Reuters.
Awal bulan ini, Trump menandatangani satu proklamasi melarang kemasukan warganegara dari 12 buah negara atas alasan mahu melindungi Amerika Syarikat daripada ancaman "pengganas asing" dan risiko keselamatan negara.
Arahan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras terhadap imigresen yang dilancarkan semasa penggal kedua Trump, termasuk penghantaran pulang ratusan warga Venezuela ke El Salvador yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng serta usaha untuk menyekat kemasukan dan menyingkirkan sebahagian pelajar antarabangsa dari universiti-universiti AS.
Dalam kabel diplomatik dalaman yang ditandatangani Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, Jabatan Negara menggariskan sejumlah kebimbangan terhadap negara-negara terlibat dan meminta tindakan pembetulan diambil.
“Kami telah mengenal pasti 36 negara yang menjadi kebimbangan dan mungkin disyorkan untuk penggantungan penuh atau sebahagian kemasukan ke AS jika mereka gagal memenuhi penanda aras dan syarat yang ditetapkan dalam tempoh 60 hari,” menurut memo yang dihantar hujung minggu lalu.
Antara kebimbangan utama yang dibangkitkan adalah kelemahan dalam sistem dokumentasi identiti negara terbabit serta tahap keselamatan pasport yang diragui.
Beberapa negara juga didakwa enggan bekerjasama dalam proses penghantaran pulang rakyat mereka yang telah diarahkan keluar dari AS.
Sebahagian negara turut dikenal pasti sebagai punca warganegara mereka terlibat dalam kegiatan pengganasan atau terlibat dalam aktiviti bersifat anti-Semitik dan anti-Amerika, menurut kabel itu.
Bagaimanapun, tidak semua isu tersebut terpakai kepada setiap negara yang tersenarai.
“Kami sentiasa menilai semula dasar sedia ada demi keselamatan rakyat Amerika dan memastikan warga asing mematuhi undang-undang kami,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara tanpa mengulas secara spesifik kandungan kabel berkenaan.
“Jabatan Negara komited untuk melindungi negara dan rakyat kami melalui proses visa yang mengutamakan keselamatan negara dan awam,” tambah pegawai itu.
Antara 36 negara yang mungkin berdepan larangan penuh atau separa jika gagal menyelesaikan isu berbangkit dalam tempoh 60 hari adalah: Angola, Antigua dan Barbuda, Benin, Bhutan, Burkina Faso, Cabo Verde, Kemboja, Cameroon, Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Djibouti, Dominica, Ethiopia, Mesir, Gabon, Gambia, Ghana, Kyrgyzstan, Liberia, Malawi, Mauritania, Niger, Nigeria, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Sao Tome dan Principe, Senegal, Sudan Selatan, Syria, Tanzania, Tonga, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia dan Zimbabwe.
Senarai baharu itu dilihat sebagai peluasan besar kepada larangan yang mula berkuat kuasa awal bulan ini ke atas negara-negara seperti Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Selain itu, kemasukan warga tujuh negara lain – Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela – juga dikenakan sekatan separa.
Untuk rekod, pada penggal pertamanya sebagai Presiden, Trump pernah mengumumkan larangan perjalanan ke atas tujuh negara majoriti Muslim – satu dasar kontroversi yang kemudiannya disemak beberapa kali sebelum disahkan Mahkamah Agung AS pada tahun 2018. - Agensi