awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentagon, Ketua NATO bincang interaksi diplomatik terkini dengan Rusia

Bernama
Bernama
15/02/2022
08:11 MYT
Pentagon, Ketua NATO bincang interaksi diplomatik terkini dengan Rusia
Menurut jurucakap Pentagon John Kirby, kedua-dua pemimpin membincangkan penglibatan diplomatik baru-baru ini dengan Rusia dan keperluan untuk Rusia meredakan ketegangan. - Reuters
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin dan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg mengadakan perbincangan mengenai interaksi diplomatik terkini dengan Rusia menerusi telefon, kata jurucakap Pentagon John Kirby. 0
"Kedua-dua pemimpin membincangkan penglibatan diplomatik baru-baru ini dengan Rusia dan keperluan untuk Rusia meredakan ketegangan," kata Kirby dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.
Kedua-duanya turut bersetuju perlunya untuk mengekalkan "dasar pencegahan yang kuat" dan menekankan bahawa tindakan Rusia hanya akan membawa kepada "Perikatan NATO yang lebih kuat dan bersatu, bersiap sedia untuk menghalang dan bertahan daripada pencerobohan," tambah jurucakap itu.
Beberapa bulan kebelakangan ini, negara-negara Barat dan Ukraine menuduh Rusia menempatkan tentera tambahan di sepanjang sempadan Ukraine sebagai persediaan untuk menceroboh. Moscow berulang kali menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak berniat untuk menyerang Ukraine sambil menegaskan bahawa ia berhak menempatkan tenteranya di dalam wilayah negaranya.
Rusia turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan NATO berhampiran sempadannya dan sokongan ketenteraan berterusan kepada Ukraine, termasuk peningkatan bilangan penasihat tentera Barat di wilayah Donbas yang menjadi rebutan dan peningkatan penghantaran senjata ke Kiev.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertahanan
#Amerika Syarikat
#Rusia
#NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan