DUNIA

Pentagon umum operasi baharu perangi "pengganas narkotik"

Bernama 14/11/2025 | 08:45 MYT
Pengumuman itu dibuat selepas kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, USS Gerald R Ford tiba di Caribbean pada awal minggu ini. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth pada Khamis mengumumkan operasi baharu yang akan menyasarkan "pengganas narkotik", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, umum operasi baharu "Operasi SOUTHERN SPEAR" yang menyasarkan pengganas narkotik di Hemisfera Barat.
  • Operasi tersebut dipimpin oleh Pasukan Petugas Bersama Southern Spear dan SOUTHCOM untuk menjaga dan melindungi tanah air AS daripada ancaman dadah yang membunuh rakyat.
  • Pengumuman berkenaan dibuat selepas kapal USS Gerald R Ford tiba di Caribbean, menandakan usaha Washington dalam memerangi organisasi jenayah rentas sempadan dan dadah.


"Hari ini saya mengumumkan Operasi SOUTHERN SPEAR," kata Hegseth dalam satu hantaran di platform media sosial X.

"Diketuai oleh Pasukan Petugas Bersama Southern Spear dan @SOUTHCOM, misi ini mempertahankan tanah air kita, menyingkirkan pengganas narkotik dari Hemisfera kita dan melindungi tanah air daripada dadah yang membunuh rakyat kita. Hemisfera Barat merupakan kawasan kejiranan Amerika - dan kita akan melindunginya."

Pengumuman itu dibuat selepas kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, USS Gerald R Ford tiba di Caribbean pada awal minggu ini. Washington berkata kehadiran tenteranya di wilayah berkenaan bertujuan memerangi organisasi jenayah rentas sempadan dan melindungi AS daripada dadah.

Sejak September, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah membenarkan serangan di Caribbean dan Lautan Pasifik ke atas bot yang didakwa membawa dadah ke AS. Serangan itu dilaporkan mengorbankan puluhan orang setakat ini.

-- BERNAMA



#pengganas narkotik #Amerika Syarikat #SOUTHERN SPEAR #Pete Hegseth