DUNIA
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
Keputusan pengguguran Randa Abdel-Fattah (foto) dipersoalkan sebagai tindakan menindas suara pro-Palestin dalam wacana sastera. -Gambar fail/X Randa Abdel-Fattah
ADELAIDE: Lebih 40 penulis termasuk tokoh sastera antarabangsa dan tempatan menarik diri daripada program Minggu Penulis Adelaide 2026 sebagai membantah keputusan penganjur menggugurkan penyertaan penulis dan aktivis Palestin-Australia, Dr Randa Abdel-Fattah, atas alasan “sensitiviti budaya”.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Antara yang menyertai boikot ialah pemenang Hadiah Miles Franklin, Michelle de Kretser dan Melissa Lucashenko, serta tokoh antarabangsa seperti Zadie Smith, Yanis Varoufakis dan Peter Greste.
Mereka menyifatkan tindakan menggugurkan Randa Abdel-Fattah sebagai penapisan yang menindas suara pro-Palestin dalam wacana sastera.
Dr Randa Abdel-Fattah dijadualkan menyertai sesi perbincangan mengenai novelnya The Dangers of Discipline, namun dimaklumkan oleh Lembaga Festival bahawa penyertaannya dibatalkan.
Lembaga itu menyatakan keputusan diambil bagi “memelihara keharmonian sosial” susulan ketegangan berkaitan konflik Gaza dan insiden serangan di Bondi Beach.
“Kami tidak menyatakan bahawa karya atau kenyataan Dr Randa Abdel-Fattah berkait secara langsung dengan tragedi di Bondi, namun berdasarkan kenyataan terdahulu beliau, kami berpendapat adalah tidak sensitif dari segi budaya untuk meneruskan penyertaannya,” menurut kenyataan lembaga berkenaan.
Keputusan itu mencetuskan bantahan dalam kalangan penggiat sastera dan akademik, termasuk daripada pasukan penganjur Minggu Penulis sendiri.
Dalam e-mel kepada peserta, kakitangan acara menyatakan keputusan lembaga “tidak disokong oleh pasukan Minggu Penulis” dan menyifatkan situasi itu sebagai “hari-hari yang suram”.
Dr Randa Abdel-Fattah menyifatkan tindakan tersebut sebagai pembungkaman terhadap suara yang memperjuangkan keadilan untuk Palestin.
“Saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan atau mempertahankan diri. Ini bukan soal keselamatan, tetapi soal penapisan politik,” katanya.
Kontroversi ini dijangka memberi kesan besar terhadap reputasi festival yang selama ini dikenali sebagai platform keterbukaan perbincangan intelektual dan seni.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Lebih 40 penulis menarik diri dari program Minggu Penulis Adelaide 2026 sebagai protes terhadap pengguguran penyertaan Dr Randa Abdel-Fattah atas alasan 'sensitiviti budaya'.
- Keputusan pengguguran Abdel-Fattah dipersoalkan sebagai tindakan menindas suara pro-Palestin dalam wacana sastera.
- Kontroversi ini dijangka memberi kesan besar terhadap reputasi festival sebagai platform keterbukaan perbincangan intelektual dan seni.
Antara yang menyertai boikot ialah pemenang Hadiah Miles Franklin, Michelle de Kretser dan Melissa Lucashenko, serta tokoh antarabangsa seperti Zadie Smith, Yanis Varoufakis dan Peter Greste.
Mereka menyifatkan tindakan menggugurkan Randa Abdel-Fattah sebagai penapisan yang menindas suara pro-Palestin dalam wacana sastera.
Dr Randa Abdel-Fattah dijadualkan menyertai sesi perbincangan mengenai novelnya The Dangers of Discipline, namun dimaklumkan oleh Lembaga Festival bahawa penyertaannya dibatalkan.
Lembaga itu menyatakan keputusan diambil bagi “memelihara keharmonian sosial” susulan ketegangan berkaitan konflik Gaza dan insiden serangan di Bondi Beach.
“Kami tidak menyatakan bahawa karya atau kenyataan Dr Randa Abdel-Fattah berkait secara langsung dengan tragedi di Bondi, namun berdasarkan kenyataan terdahulu beliau, kami berpendapat adalah tidak sensitif dari segi budaya untuk meneruskan penyertaannya,” menurut kenyataan lembaga berkenaan.
Keputusan itu mencetuskan bantahan dalam kalangan penggiat sastera dan akademik, termasuk daripada pasukan penganjur Minggu Penulis sendiri.
Dalam e-mel kepada peserta, kakitangan acara menyatakan keputusan lembaga “tidak disokong oleh pasukan Minggu Penulis” dan menyifatkan situasi itu sebagai “hari-hari yang suram”.
Dr Randa Abdel-Fattah menyifatkan tindakan tersebut sebagai pembungkaman terhadap suara yang memperjuangkan keadilan untuk Palestin.
“Saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan atau mempertahankan diri. Ini bukan soal keselamatan, tetapi soal penapisan politik,” katanya.
Kontroversi ini dijangka memberi kesan besar terhadap reputasi festival yang selama ini dikenali sebagai platform keterbukaan perbincangan intelektual dan seni.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa lebih 40 penulis menarik diri daripada program Minggu Penulis Adelaide 2026?
A: Mereka menarik diri sebagai tindak protes terhadap pengguguran penyertaan penulis dan aktivis Palestin-Australia, Dr Randa Abdel-Fattah, atas alasan 'sensitiviti budaya'. - Q: Apakah alasan yang diberikan oleh Lembaga Festival untuk menggugurkan penyertaan Dr Randa Abdel-Fattah?
A: Lembaga Festival menyatakan keputusan tersebut diambil bagi 'memelihara keharmonian sosial' susulan ketegangan berkaitan konflik Gaza dan insiden serangan di Bondi Beach. - Q: Apakah reaksi penulis yang menarik diri terhadap tindakan pengguguran penyertaan Dr Randa Abdel-Fattah?
A: Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai penapisan yang menindas suara pro-Palestin dalam wacana sastera dan memberi kesan besar terhadap reputasi festival.