Penulis 'To Kill a Mockingbird' Harper Lee meninggal dunia

AFP
Februari 19, 2016 16:26 MYT
Foto fail Harper Lee pada 19 May 2005 apabila beliau menghadiri Malam Anugerah Pusat Perpustakaan Los Angeles 2005 di Richard J. Riordan Central Library Los Angeles, California. - AFP/Stephen Shugerman/Getty Images
Penulis novel Amerika yang terkenal dengan karya "To Kill a Mockingbird" , Harper Lee, meninggal dunia pada usia 89 tahun, menurut sumber rasmi di kawasan kediamannya pada Jumaat.
Jurucakap bandar Monroeville, Alabama, mengesahkan laporan media tempatan dengan menyatakan: "Beliau telah meninggal dunia."
Karya novelnya pada 1960, menerima anugerah Pulitzer, yang menyentuh isu ketidakadilan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa pada era kemerosotan di bahagian selatan dan menjadi bacaan standard di dalam kelas di seluruh dunia.
#Harper Lee meninggal dunia #Harper Lee To Kill a Mockingbird #penulis To Kill a Mockingbird author meninggal dunia