DUNIA
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Sallis (kiri) dikenali melalui novel noir Drive (2005) yang kemudiannya diadaptasi menjadi filem popular pada 2011. -Foto Facebook
NOVELIS Amerika Syarikat, James Sallis, yang terkenal menerusi novel noir Drive (2005) yang diadaptasi menjadi filem popular pada 2011, meninggal dunia pada 27 Jan 2026 di Phoenix, Arizona pada usia 81 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Berita pemergiannya disahkan oleh keluarga dan penerbit Soho Press.
Sallis, lahir di Helena, Arkansas pada 21 Dis 1944, menghembuskan nafas terakhir selepas menghadapi masalah kesihatan dalam tempoh yang panjang.
Menurut kenyataan keluarga yang dikongsikan penerbit dan rakan industri, Sallis meninggal dunia di samping isterinya, Karyn.
Dikenang sebagai antara penulis prolifik, Sallis menghasilkan karya merentas genre termasuk fiksyen jenayah, sains fiksyen, puisi dan biografi.
Kerjaya awalnya bermula pada era 1960-an melalui cerpen sains fiksyen sebelum memperkenalkan detektif Lew Griffin dalam novel The Long-Legged Fly (1992).
Nama beliau melonjak ke pentas antarabangsa menerusi Drive, seterusnya difilemkan oleh Nicolas Winding Refn dengan Ryan Gosling sebagai teraju utama pada 2011.
Di luar penulisan, Sallis aktif sebagai penterjemah, pengkritik sastera, penyair, pemuzik dan pensyarah penulisan kreatif di institusi termasuk Phoenix College dan Otis College.
Pada 2015, beliau meninggalkan Phoenix College selepas enggan menandatangani ikrar kesetiaan negeri yang dianggapnya tidak berperlembagaan.
Penghormatan turut mengalir daripada rakan penulis dan komuniti sastera.
Antara yang menzahirkan ucapan takziah termasuk Craig McDonald dan Cathi Unsworth, yang menyifatkan Sallis sebagai berwibawa, pemurah dan berpengaruh besar dalam dunia noir moden.
Soho Press memaklumkan novel terbaharunya, World’s Edge, dijadual diterbitkan pada Februari 2026 sebagai karya pascahayat yang melengkapkan lagi legasi sasteranya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Penulis terkenal James Sallis meninggal dunia pada usia 81 tahun di Phoenix, Arizona, selepas menghadapi masalah kesihatan dalam tempoh yang panjang.
- Sallis dikenali melalui novel noir Drive (2005) yang kemudiannya diadaptasi menjadi filem popular pada 2011, menarik perhatian antarabangsa.
- Beliau merupakan penulis prolifik merentasi genre dan aktif dalam pelbagai bidang termasuk penterjemah, pengkritik sastera, penyair, dan pensyarah penulisan kreatif, meninggalkan legasi sastera yang besar.
Berita pemergiannya disahkan oleh keluarga dan penerbit Soho Press.
Sallis, lahir di Helena, Arkansas pada 21 Dis 1944, menghembuskan nafas terakhir selepas menghadapi masalah kesihatan dalam tempoh yang panjang.
Menurut kenyataan keluarga yang dikongsikan penerbit dan rakan industri, Sallis meninggal dunia di samping isterinya, Karyn.
Dikenang sebagai antara penulis prolifik, Sallis menghasilkan karya merentas genre termasuk fiksyen jenayah, sains fiksyen, puisi dan biografi.
Kerjaya awalnya bermula pada era 1960-an melalui cerpen sains fiksyen sebelum memperkenalkan detektif Lew Griffin dalam novel The Long-Legged Fly (1992).
Nama beliau melonjak ke pentas antarabangsa menerusi Drive, seterusnya difilemkan oleh Nicolas Winding Refn dengan Ryan Gosling sebagai teraju utama pada 2011.
Di luar penulisan, Sallis aktif sebagai penterjemah, pengkritik sastera, penyair, pemuzik dan pensyarah penulisan kreatif di institusi termasuk Phoenix College dan Otis College.
Pada 2015, beliau meninggalkan Phoenix College selepas enggan menandatangani ikrar kesetiaan negeri yang dianggapnya tidak berperlembagaan.
Penghormatan turut mengalir daripada rakan penulis dan komuniti sastera.
Antara yang menzahirkan ucapan takziah termasuk Craig McDonald dan Cathi Unsworth, yang menyifatkan Sallis sebagai berwibawa, pemurah dan berpengaruh besar dalam dunia noir moden.
Soho Press memaklumkan novel terbaharunya, World’s Edge, dijadual diterbitkan pada Februari 2026 sebagai karya pascahayat yang melengkapkan lagi legasi sasteranya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab kematian novelis Amerika terkenal, James Sallis?
A: James Sallis meninggal dunia kerana menghadapi masalah kesihatan dalam tempoh yang panjang. - Q: Siapakah yang mengesahkan berita kematian James Sallis?
A: Berita pemergian James Sallis disahkan oleh keluarga dan penerbitnya, Soho Press. - Q: Apakah kerjaya awal James Sallis sebelum kejayaan antarabangsa menerusi novel "Drive"?
A: Kerjaya awal James Sallis bermula pada era 1960-an melalui cerpen sains fiksyen sebelum memperkenalkan detektif Lew Griffin dalam novel The Long-Legged Fly (1992). - Q: Apa yang membuatkan nama James Sallis melonjak ke pentas antarabangsa?
A: Nama James Sallis melonjak ke pentas antarabangsa menerusi novel "Drive" yang kemudiannya difilemkan oleh Nicolas Winding Refn dengan Ryan Gosling sebagai teraju utama pada tahun 2011. - Q: Apakah yang dijadualkan oleh Soho Press selepas kematian James Sallis?
A: Soho Press mengumumkan novel terbaharunya, "Worlds Edge", dijadualkan diterbitkan pada Februari 2026 sebagai karya pascahayat yang melengkapkan lagi legasi sasteranya.