DUNIA
Penumpang cedera 'power bank' meletup dalam poket seluar di lounge Qantas
Gambar yang dikongsi saksi di lokasi kejadian menunjukkan power bank yang hangus di lantai lounge. -Foto Insta @leannetonkes
MELBOURNE: Seorang penumpang lelaki berusia lingkungan 50-an cedera apabila bank kuasa (power bank) miliknya meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya ketika mangsa berada di ruang istirehat kelas bisnes Qantas di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, pagi Khamis.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan Qantas, insiden berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan apabila peranti berasaskan bateri litium itu tiba-tiba terbakar, menyebabkan penumpang tersebut menjerit kesakitan sebelum api merebak ke bahagian kaki serta tangan mangsa.
Kira-kira 150 penumpang lain yang berada di ruang istirehat tersebut diarahkan keluar serta-merta sebagai langkah keselamatan.
Kakitangan Qantas bertindak pantas dengan membuang peranti yang terbakar ke lantai dan membawa mangsa ke bilik mandi untuk menyejukkan luka terbakar sebelum pasukan paramedik tiba di lokasi.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital The Alfred dalam keadaan stabil untuk rawatan lanjut.
Pihak berkuasa lapangan terbang dan Qantas sedang menyiasat punca sebenar letupan tersebut, termasuk status keselamatan peranti berkenaan.
Gambar yang dikongsi saksi di lokasi kejadian menunjukkan power bank yang hangus di lantai lounge.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan power bank dalam penerbangan dan kawasan lapangan terbang, khususnya yang melibatkan bateri litium yang mudah terbakar jika rosak atau terlalu panas.
Qantas kini sedang menilai semula dasar berkaitan bateri litium dan dijangka mengumumkan kemas kini dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang penumpang cedera akibat letupan power bank di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Qantas mengesahkan kejadian berlaku ketika peranti berasaskan bateri litium tersebut tiba-tiba terbakar.
- Lebih kurang 150 penumpang diarahkan keluar dari ruang istirehat sebagai langkah keselamatan, sementara kakitangan Qantas bertindak pantas memadamkan api dan membawa mangsa ke bilik mandi untuk rawatan luka terbakar.
- Kejadian ini menimbulkan kebimbangan keselamatan penggunaan power bank, menyebabkan Qantas sedang menilai semula dasar berkaitan bateri litium dengan jangkaan pengumuman kemas kini dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan Qantas, insiden berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan apabila peranti berasaskan bateri litium itu tiba-tiba terbakar, menyebabkan penumpang tersebut menjerit kesakitan sebelum api merebak ke bahagian kaki serta tangan mangsa.
Kira-kira 150 penumpang lain yang berada di ruang istirehat tersebut diarahkan keluar serta-merta sebagai langkah keselamatan.
Kakitangan Qantas bertindak pantas dengan membuang peranti yang terbakar ke lantai dan membawa mangsa ke bilik mandi untuk menyejukkan luka terbakar sebelum pasukan paramedik tiba di lokasi.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital The Alfred dalam keadaan stabil untuk rawatan lanjut.
Pihak berkuasa lapangan terbang dan Qantas sedang menyiasat punca sebenar letupan tersebut, termasuk status keselamatan peranti berkenaan.
Gambar yang dikongsi saksi di lokasi kejadian menunjukkan power bank yang hangus di lantai lounge.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan power bank dalam penerbangan dan kawasan lapangan terbang, khususnya yang melibatkan bateri litium yang mudah terbakar jika rosak atau terlalu panas.
Qantas kini sedang menilai semula dasar berkaitan bateri litium dan dijangka mengumumkan kemas kini dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan letupan power bank yang mengakibatkan cedera kepada seorang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne?
A: Power bank meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluar penumpang tersebut, menyebabkan cedera pada kaki dan tangan mangsa. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh kakitangan Qantas selepas berlakunya insiden letupan power bank tersebut?
A: Kakitangan Qantas membuang peranti yang terbakar ke lantai, membawa mangsa ke bilik mandi untuk menyejukkan luka terbakar, dan kemudian menghantar mangsa ke Hospital The Alfred untuk rawatan lanjut. - Q: Apa langkah keselamatan yang diambil terhadap penumpang lain yang berada di ruang istirehat Qantas ketika berlakunya letupan power bank?
A: Kira-kira 150 penumpang lain diarahkan keluar serta-merta dari ruang istirehat sebagai langkah keselamatan. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa lapangan terbang dan Qantas setelah kejadian letupan power bank?
A: Pihak berkuasa lapangan terbang dan Qantas sedang menyiasat punca sebenar letupan tersebut, termasuk status keselamatan peranti berkenaan, dan Qantas juga sedang menilai semula dasar berkaitan bateri litium. - Q: Apakah yang dimaklumkan oleh Qantas mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan bateri litium dalam penerbangan dan kawasan lapangan terbang selepas insiden tersebut?
A: Qantas kini sedang menilai semula dasar berkaitan bateri litium dan dijangka mengumumkan kemas kini dalam masa terdekat.