DUNIA
Penumpang cuba ceroboh kokpit, pesawat EasyJet berpatah balik ke Lyon
Pesawat EasyJet dari Lyon ke Porto berpatah balik selepas penumpang warga Portugal cuba menceroboh kokpit. -Gambar fail/EPA
LYON: Sebuah pesawat tambang murah EasyJet yang dalam perjalanan dari Perancis ke Portugal terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Lyon selepas seorang penumpang cuba menceroboh masuk ke kokpit.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan dan polis Perancis, insiden berlaku tidak lama selepas pesawat EJU4429 berlepas dari Lyon menuju ke Porto pada Jumaat malam.
Penumpang lelaki warga Portugal berusia 26 tahun itu dilaporkan meracau dan cuba masuk ke ruang kokpit.
Tindakan pantas penumpang lain berjaya menenangkan lelaki terbabit sebelum dia diikat dengan bantuan kru kabin.
Pesawat kemudiannya membuat pendaratan semula di Lyon dan suspek kemudian ditahan polis.
Pemeriksaan perubatan mendapati lelaki tersebut mengalami mabuk udara dan gangguan mental sementara akibat tekanan penerbangan. Dia dilapor dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut.
EasyJet dalam kenyataan menyatakan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan dan memuji tindakan pantas kru serta penumpang lain.
Ringkasan AI
- Pesawat EasyJet dari Lyon ke Porto berpatah balik selepas penumpang warga Portugal cuba menceroboh kokpit akibat racau dan mabuk udara.
- Penumpang lain dan kru berjaya mengawal situasi, suspek ditahan polis dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
- EasyJet puji tindakan pantas dan teruskan penerbangan selepas insiden, cetus perbincangan tentang keselamatan dan kesihatan mental penumpang.