awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang sebabkan kekecohan dalam pesawat MH128 didakwa hari ini

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
01/06/2017
06:02 MYT
Penumpang sebabkan kekecohan dalam pesawat MH128 didakwa hari ini
Penumpang pesawat Malaysia Airlines yang mengugut akan meletupkan pesawat MH128 semalam, bakal didakwa di mahkamah Australia pada Khamis. - AAP/David Crosling/via REUTERS
Penumpang pesawat Malaysia Airlines yang mengugut akan meletupkan pesawat MH128 semalam, bakal didakwa di mahkamah Australia pada hari ini.
Menurut laporan The Sydney Morning Herald, yang memetik kata-kata Pesuruhjaya Ketua Polis Victoria, Graham Ashton, lelaki warganegara Sri Lanka itu berkemungkinan besar akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne.
Agensi berita tersebut turut melaporkan bahawa lelaki berkenaan dipercayai menjadi "pesakit sukarela" yang baru sahaja dibebaskan dari pusat psikiatri Pusat perubatan Monash di Clayton, beberapa jam sebelum kejadian itu.
Laporan itu turut berkata polis telah diberi pelepasan untuk menyoal lelaki itu selepas dia dinilai sebagai layak untuk ditemuduga atas alasan psikologi.
Sementara itu, portal 9news.com.my melaporkan lelaki itu bakal berdepan dua tuduhan di bawah Akta Jenayah Penerbangan.
Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi 1 Jun.
Tetapi pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin mengenai seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit.
BACA: Insiden MH128 bukan satu rampasan, MAS mulakan siasatan
BACA: Pesawat MH128 patah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba masuk kokpit
Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne pada jam 11.41 malam.
Lapangan Terbang Melbourne ditutup sementara susulan kejadian itu.
Malaysia Airlines dua kali ditimpa musibah baru-baru ini, iaitu kehilangan pesawat MH370 dan pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine, kedua-duanya pada tahun 2014.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH128
#Sri Lanka
#The Sydney Morning Herald
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan