[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Penumpang separuh bogel diarah keluar selepas ugut anak kapal Ryanair

Agensi 24/02/2018 | 23:23 MYT
Jurucakap Ryanair dilaporkan mengesahkan insiden itu dan mengatakan pihak polis sedang menyiasat lelaki tersebut. foto thesun.co.uk
Seorang penumpang pesawat Ryanair dipaksa keluar selepas dia dirakam mengoyak bajunya dan bertindak agresif serta mengancam anak kapal pada Sabtu.
Akhbar The Sun di United Kingdom melaporkan lelaki tersebut yang belum dikenal pasti identitinya telah bercakap secara kasar terhadap anak kapal semasa di atas penerbangan yang dijadualkan menuju Tenerife, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Stansted di London.
Namun, pesawat tersebut beralih arah ke Lapangan Terbang Marrakesh di Morocco di mana dia ditahan oleh polis tempatan.
Jurucakap Ryanair mengesahkan insiden tersebut dan berkata pihak polis sedang menyiasat lelaki tersebut
"Penerbangan dari London ke Tenerife diubah ke Marrakesh selepas salah seorang penumpang bertindak agresif dalam penerbangan," katanya dalam satu kenyataan.
#keluar #London #penerbangan #penumpang #Ryanair #ugut