DUNIA
Penunggang basikal maut dilanggar tren di selatan Brisbane
Seorang penunggang basikal lelaki berusia 69 tahun maut selepas dirempuh tren di lintasan kereta api di Runcorn, selatan Brisbane, sekitar jam 4.30 pagi Isnin. -Gambar hiasan/Flickr
SYDNEY: Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh tren di pinggir selatan Brisbane, Australia awal pagi Isnin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan polis, perkhidmatan kecemasan menerima panggilan berhubung nahas di lintasan kereta api di Runcorn, 15 kilometer dari pusat bandar Brisbane, sekitar 4.30 pagi Isnin.
Penunggang basikal terbabit, lelaki tempatan berusia 69 tahun, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Jurucakap pengendali perkhidmatan kereta api di negeri Queensland memberitahu akhbar Nine Entertainment bahawa palang keselamatan telah diturunkan dan lampu amaran menyala ketika kejadian berlaku bagi memberi amaran tren sedang menghampiri.
Penutupan jalan dan lencongan telah dilaksanakan, manakala pengguna dimaklumkan mengenai kelewatan tren sehingga 60 minit susulan insiden itu. Perkhidmatan tren kembali normal pada 9.30 pagi.
Perkhidmatan Polis Queensland memaklumkan bahawa Unit Siasatan Kemalangan Forensik telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang penunggang basikal lelaki berusia 69 tahun maut selepas dirempuh tren di lintasan kereta api di Runcorn, selatan Brisbane, sekitar jam 4.30 pagi Isnin.
- Polis Queensland mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, walaupun palang keselamatan dan lampu amaran berfungsi ketika tren menghampiri.
- Insiden menyebabkan kelewatan tren sehingga 60 minit sebelum perkhidmatan kembali normal pada jam 9.30 pagi, dan Unit Siasatan Kemalangan Forensik telah memulakan siasatan lanjut.