awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Tiris bongkar ketirisan, rampasan cecah RM179 juta
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan antikerajaan kembali adakan protes di Thailand

Bernama
Bernama
07/08/2021
16:15 MYT
Penunjuk perasaan antikerajaan kembali adakan protes di Thailand
Ribuan penunjuk perasaan turut bertembung dengan anggota polis ketika mereka berhimpun di persimpangan Din Daeng. - REUTERS
BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan kembali mengadakan protes di Bangkok pada Sabtu, mengulangi tuntutan agar Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berundur kerana mendakwa beliau gagal menangani wabak COVID-19.
Ribuan penunjuk perasaan turut bertembung dengan anggota polis ketika mereka berhimpun di persimpangan Din Daeng.
Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah selepas penunjuk perasaan tidak mengendahkan amaran supaya bersurai. Penunjuk perasaan turut melemparkan botol air, batu dan mercun ke arah pihak berkuasa.
Seorang saksi memberitahu Bernama beberapa penunjuk perasaan cedera, seorang daripada mereka cedera di bahagian kaki akibat terkena tabung gas pemedih mata. Sebuah trak polis turut dibakar oleh penunjuk perasaan di Monumen Kemenangan.
Sejak pertengahan Julai tahun lalu, kumpulan antikerajaan telah melakukan demonstrasi di Bangkok dan beberapa bandar raya lain, mengulangi tuntutan pembaharuan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi monarki.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatat 21,838 kes baharu COVID-19 dan 212 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 736,522 dan korban seramai 6,066.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#COVID-19
#gas pemedih mata
#Penunjuk perasaan
#Thailand
#Perdana Menteri
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan