DUNIA
Penunjuk perasaan anti-kerajaan merusuh di sambutan Hari Kemerdekaan Peru
Presiden Boluarte kini berdepan tekanan hebat apabila kadar sokongan terhadap beliau berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu antara dua hingga empat peratus. - Gambar Reuters
LIMA: Sambutan Hari Kemerdekaan Peru pada Isnin dicemari dengan insiden keganasan apabila penunjuk perasaan anti-kerajaan bertembung dengan pasukan polis di ibu negara, Lima.
Kekecohan tercetus apabila kumpulan penunjuk perasaan menghampiri kawasan sekitar bangunan Kongres, ketika Presiden Dina Boluarte sedang menyampaikan ucapan rasmi sempena sambutan tersebut.
Menurut laporan media tempatan, antara yang terlibat dalam demonstrasi itu termasuk pelajar universiti dan ahli keluarga mangsa yang terkorban pada awal pentadbiran Boluarte pada Disember 2022.
Dalam pada itu, pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa dilaporkan telah menyebabkan ramai mengalami kecederaan.
Presiden Boluarte kini berdepan tekanan hebat apabila kadar sokongan terhadap beliau berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu antara dua hingga empat peratus yang mana beliau turut disiasat atas dakwaan pengayaan haram dan dikaitkan dengan kes melibatkan jam tangan mewah jenama Rolex.
Selain itu, Boluarte turut berdepan tuduhan berkaitan kematian lebih 50 rakyat Peru dalam siri protes sepanjang tahun 2022 dan 2023 termasuk menerima kritikan daripada pertubuhan hak asasi manusia dan keluarga mangsa namun beliau menafikan semua dakwaan tersebut.