Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Penunjuk perasaan anti-Trump berhimpun di hadapan White House

Astro Awani 15/11/2025 | 23:20 MYT
Seorang penunjuk perasaan memakai topeng menyerupai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika menyertai demonstrasi membantah pentadbirannya di hadapan White House, Washington, D.C. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar White House pada Sabtu dalam satu demonstrasi besar-besaran bagi menyuarakan bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang kini kembali memegang jawatan tertinggi negara itu.


Ringkasan AI
  • Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar White House dalam demonstrasi besar-besaran menentang Presiden AS, Donald Trump, dengan membawa sepanduk bertulis "Trump Must Go" dan "Resist Fascism" serta menuntut kebertanggungjawaban pentadbiran Trump.
  • Demonstrasi ini adalah sebahagian daripada gelombang protes "No Kings" di seluruh AS, bertujuan menolak dasar-dasar kontroversi Trump yang dianggap antidemokratik, termasuk isu imigresen, pendidikan, dan keselamatan.
  • Keadaan di sekitar White House tegang namun terkawal, dengan tiada insiden keganasan dilaporkan, sementara penganalisis politik meramalkan protes sebegini akan berterusan menjelang pilihan raya akan datang di AS.


Perhimpunan yang berlangsung di Lafayette Square itu menyaksikan peserta membawa sepanduk bertulis “Trump Must Go” dan “Resist Fascism”, sambil melaungkan slogan menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran Trump.

Demonstrasi ini merupakan sebahagian daripada gelombang protes “No Kings” yang sedang berlangsung di seluruh AS, dengan lebih 2,600 acara dijadualkan di pelbagai bandar utama.

Penganjur menyatakan bantahan ini bertujuan menolak dasar-dasar kontroversi Trump yang didakwa bersifat antidemokratik, termasuk isu imigresen, pendidikan dan keselamatan.

Suasana di sekitar White House bertukar tegang namun terkawal, dengan kehadiran pasukan keselamatan yang memantau pergerakan peserta.

Tiada insiden keganasan dilaporkan setakat ini.

Protes ini tercetus susulan beberapa kontroversi terkini melibatkan Trump, termasuk kenyataannya untuk menyaman BBC berhubung suntingan ucapan dalam dokumentari Panorama serta ketegangan politik yang berterusan di Washington.

Penganalisis politik menjangkakan demonstrasi seperti ini akan terus berlaku menjelang pilihan raya akan datang, mencerminkan ketegangan yang semakin memuncak dalam landskap politik AS.









#Donald Trump #White House #gelombang protes #pilihan raya