TOKYO: Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ilmu yang ditimba di negara maju dan disifatkan sebagai gergasi ekonomi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi pembangunan negara serta rakyat.
"Semua data menunjukkan sekarang ini adalah abad Asia dengan ekonomi beralih ke Asia dan kita mesti mengambil peluang ini kerana anda adalah intan terpilih untuk belajar daripada kuasa besar ekonomi seperti Jepun.
"Tanam semangat jitu, yakinkan diri, perkemas diri dan silalah kembali ke tanah air untuk jadi pemimpin dalam bidang tertentu, tidak semestinya politik dan bukan kembali untuk menjadi 'hamba' kepada syarikat tertentu," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama penuntut Malaysia di Jepun yang berlangsung di Hotel New Otani di sini malam ini.
Beliau berkata dalam usaha menjadi pemimpin, golongan itu perlu menanam impian, mempunyai keberanian dan menggunakan ilmu untuk memastikan perkara tersebut menjadi realiti.
Terdahulu, Johari dan delegasi Parlimen Malaysia diraikan pada majlis makan tengah hari anjuran Liga Persahabatan Ahli Parlimen Jepun-Malaysia di Hotel Capitol Tokyu, Chiyoda City.
Selepas itu, Johari diberi taklimat oleh kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Keamanan dan Pembangunan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) Ogata Sadako.
Pada sebelah petang pula, beliau mendengar taklimat pemimpin perniagaan dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jepun (JCCI) mengenai kerjasama antara syarikat Malaysia dan Jepun.
Taklimat itu turut dihadiri Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Jepun Zuaziezie Zulkefli dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jepun Izran Abdullah. ?
Johari, yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia, dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Negara Matahari Terbit hingga Jumaat ini atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Johari berkata ilmu yang ditimba di negara maju dan disifatkan sebagai gergasi ekonomi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi pembangunan negara serta rakyat. - Gambar Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
COVID-19: Kerajaan Jepun sumbang 21,200 PPE kepada NADMA
Sumbangan PPE antaranya merangkumi pakaian pelindungan penuh akan diserahkan kepada petugas barisan hadapan.
Gempa Lombok: Sikap sambil lewa harus dihakis - TPM
Malaysia tidak lagi boleh beranggapan, bebas gempa bumi.
LKTN guna teknologi Jepun tingkatkan pengeluaran kenaf
LKTN melaksanakan projek perintis pertama sistem penapisan air berkualiti menggunakan kepakaran Jepun berharga RM1.5 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk beras
13 peserta program 'Inovatif Asia' dipilih belajar di Jepun
Inovatif Asia yang bermula tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan peredaran sumber manusia yang cekap antara Jepun dan negara-negara Asia dan untuk menggalakkan inovasi di seluruh Asia.
Pengendalian e-waste tanpa kaedah betul hasilkan keracunan
Pada penghujung tahun hadapan akan dilaksanakan dasar, perundangan serta sistem pengendalian e-waste yang lebih baik.
Penduduk urus sendiri sisa domestik demi alam sekitar
Lapan Persatuan Penduduk (RA) ambil langkah proaktif uruskan sisa domestik mereka sendiri dengan bantuan minimum pihak berkuasa bagi memastikan kelestarian persekitaran.