DUNIA
Penutupan kerajaan: Trump bertemu pemimpin Kongres Isnin - Laporan
Trump menggesa Republikan di Kongres supaya mengundi melanjutkan pembiayaan kerajaan secara sementara bagi mengelakkan penutupan. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Republikan dan Demokrat di Kongres pada Isnin, ketika kemungkinan penutupan kerajaan persekutuan semakin hampir, lapor Associated Press yang memetik sumber Rumah Putih.
Ringkasan AI
Mesyuarat itu, yang bakal melibatkan Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson dan Ketua Majoriti Senat John Thune, serta Ketua Demokrat Dewan Perwakilan Hakeem Jeffries dan Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer, telah disahkan oleh seorang pegawai Rumah Putih dan seorang individu lain yang arif mengenai perkara itu, lapor agensi berkenaan, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Terdahulu, Trump menggesa Republikan di Kongres supaya mengundi melanjutkan pembiayaan kerajaan secara sementara bagi mengelakkan penutupan, sambil menuduh Demokrat cuba mencetuskan penutupan itu.
Pada 1 Okt, AS memulakan tahun fiskal baharu tanpa belanjawan. Jika Capitol Hill gagal meluluskan sekurang-kurangnya resolusi sementara untuk meneruskan pembiayaan kerajaan dalam jangka pendek, agensi persekutuan berisiko tidak beroperasi untuk tempoh yang tidak ditentukan.
Penutupan kerajaan paling lama dalam sejarah AS berlangsung selama 35 hari dan berlaku semasa penggal pertama Trump.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Donald Trump akan bertemu pemimpin Republikan dan Demokrat bagi membincangkan langkah mengelakkan penutupan kerajaan persekutuan yang semakin hampir.
- Trump menyalahkan Demokrat atas kemungkinan penutupan dan menggesa Republikan menyokong pembiayaan sementara untuk memastikan kerajaan terus beroperasi.
- AS berdepan risiko penutupan kerajaan jika tiada resolusi pembiayaan diluluskan, dengan sejarah penutupan terpanjang selama 35 hari berlaku semasa penggal pertama Trump.