Ketika dunia sedang dilanda wabak koronavirus, lain pula kekecohan yang berlaku di Bali, Indonesia.
Dianggarkan lebih 1,000 ekor babi di kawasan itu dilaporkan mati secara misteri, ekoran penyakit yang masih belum dikenal pasti.
Menurut pihak berkuasa tempatan, para peladang haiwan terbabit di situ mendakwa kejadian itu berlaku mungkin disebabkan oleh penularan Demam Babi Afrika (ASF).
Lapor portal berita Jakarta Post, secara keseluruhan, hampir 50,000 babi telah mati di seluruh utara Sumatera sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti dan disahkan sehingga keputusan ujian makmal diperolehi.
Menurut Agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 babi mati akibat penyakit itu dalam tempoh dua bulan lalu..
Sebanyak tujuh daerah yang terkesan dengan wabak misteri itu dengan daerah Bandung mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian babi, diikuti Tabanan (219), Denpasar (45), Gianyar (24), Bangli (1) dan Karangasem (1).
Ketua ketua Pusat Penyelidikan Veterinar Denpasar, Wayan Masa Tenaya berkata sampel darah dari babi yang mati telah dihantar ke Pusat Penyelidikan Veteriner di Medan, Sumatera Utara untuk proses siasatan.
Jelasnya, hanya ada tiga penyakit yang biasa dikaitkan dengan haiwan ternakan iaitu septikemia epizootica, babi kolera dan streptococcus suis.
“Pihak makmal di Medan mempunyai banyak peralatan dan lebih berpengalaman untuk mengesan penyakit itu,” kata Masa Tenaya.
Walaupun masih belum dipastikan, Ketua Pertubuhan Penternak Babi Bali(GUPBI) Ketut Hari Suyasa berkata kejadian itu berkait rapat dengan ASF.
“Semua babi yang terkesan mempunyai simptom yang sama.
“Bagaimanapun, kami mengesyaki ia adalah Demam Babi Afrika (ASF), walaupun kesemua babi itu telah divaksinkan,” katanya.
Tambah beliau, persatuan itu akan berusaha sebaik mungkin untuk mencegah penyebaran penyakit itu.
“Setakat ini, kami masih belum mendapat keputusan makmal. Apa yang penting adalah kerja-kerja mengawal penyakit itu daripada terus menular,” katanya.
Agensi
Tue Feb 04 2020

Bagaimanapun, punca kejadian itu masih belum dikenal pasti dan disahkan sehingga keputusan ujian makmal diperolehi. - Gambar hiasan

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Parlimen: Keluasan Tanah Rizab Melayu hampir 5 juta hektar setakat Jun 2024
Jumlah keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,955,870.89 hektar setakat 30 Jun 2024.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Enam lelaki merusuh guna topi keledar didakwa
Enam lelaki dihadapkan didakwa pada Isnin atas tuduhan merusuh sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan.
100,000 murid keluarga B40 terima bantuan buku tulis
100,000 murid daripada keluarga B40 akan menerima bantuan buku tulis membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Hantar anak ke pusat tuisyen pilihan peribadi – Fadhlina
Keputusan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.
Guru bersara awal pilihan peribadi - Fadhlina
Keputusan guru bersara awal adalah pilihan peribadi yang perlu dihormati dan dipertimbangkan dengan teliti.
Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang menghina agama Islam, tahun lepas.

'Wang haram' daripada pusat penipuan biayai konflik Myanmar - Thaksin
Thailand telah memotong bekalan elektrik, internet, dan bahan api ke lima bandar sempadan di Myanmar untuk membanteras penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa di seluruh dunia.
Sarawak nikmati RM280 bilion pembangunan minyak dan gas
Sejak 1976 Sarawak menikmati peruntukan bernilai RM280 bilion hasil manfaat pembangunan industri pembangunan industri minyak dan gas di wilayah berkenaan.

Penyakit misteri landa Bali, lebih seribu babi mati
Lebih 1,000 babi di Bali mati secara misteri ekoran penyakit yang masih belum dikenal pasti.