awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyakit misteri sebabkan kematian 18 orang dalam tempoh 24 jam

AFP
AFP
19/04/2015
10:33 MYT
Penyakit misteri sebabkan kematian 18 orang dalam tempoh 24 jam
Berdasarkan siasatan awal, semua mangsa yang dijangkiti mula menunjukkan simptom berkenaan antara 13 hingga 15 April lalu.
Sejenis penyakit misteri yang membunuh mangsa dalam tempoh 24 jam kini merisaukan pakar perubatan apabila sekurang-kurangnya 18 orang maut di sebuah bandar di tenggara Nigeria.
Penyakit yang menunjukkan simptom seperti sakit kepala, penurunan berat badan, penglihatan kabur dan pengsan itu membunuh kesemua mangsa dalam tempoh 24 jam selepas dijangkiti.
Ujian makmal setakat ini tidak menunjukkan bahawa penyakit itu ada kaitan dengan Ebola atau penyakit lain sedia ada.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata telah menerima maklumat tentang 14 kes dengan 12 daripadanya menemui ajal.
"Simptom-simptom itu berakhir dengan kematian dan semuanya terjadi dalam tempoh 24 jam,” ujar jurucakap WHO Tarik Jasarevic.
Berdasarkan siasatan awal, semua mangsa yang dijangkiti mula menunjukkan simptom berkenaan antara 13 hingga 15 April lalu.
Sementara itu, wakil kerajaan wilayah Ondo, Kayode Akinmade berkata pegawai-pegawai perubatan dan pafar-pakar daripada kerajaan dan agensi bantuan telah tiba di Ode-Irele untuk mencari jawapan.
“Penyakit ini belum merebak ke luar bandar ini,” katanya.
Jasarevic berkata, sampel darah dan air kencing telah diambil daripada dua mangsa selain cecair tulang belakang daripada seorang lagi.
Sampel telah dihantar ke Hospital Universiti Lagos dan mereka masih menunggu hasil siasatan dan keputusan.
Topic Berkaitan
#24 jam
#cecair tulang belakang
#maut
#Nigeria
#ondo
#penyakit
#wabak
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan