DUNIA
Penyelamat Indonesia giat kesan 38 pelajar dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan
Bangunan empat tingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur runtuh ketika solat Asar, menyebabkan seorang maut, lebih 70 cedera dan 38 pelajar masih hilang. -Foto AP
JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera.
Ringkasan AI
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata seramai 38 orang masih hilang selepas Pondok Pesantren Al Khoziny di Kabupaten Sidoarjo -- terkenal sebagai pusat melahirkan ulama sejak 1927 -- runtuh pada petang Isnin ketika solat Asar.
Sehingga pagi Selasa, seramai 102 orang telah dipindahkan, dengan 91 berjaya menyelamatkan diri, manakala 11 lagi diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat.
Seorang mangsa disahkan maut.
Sekurang-kurangnya 77 mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dengan 34 dirawat di Hospital Sidoarjo, 38 di Hospital Siti Hajar dan empat di Hospital Delta Surya, katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), unit bencana daerah, polis, tentera dan sukarelawan dikerah ke lokasi, menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan.
Menurut Abdul Muhari, kejadian berlaku ketika pekerja sedang menuang bancuhan konkrit di tingkat paling atas.
"Ketika solat Asar sekitar 3 petang waktu tempatan, tiang asas dipercayai tidak mampu menampung beban, lalu menyebabkan keseluruhan struktur runtuh hingga ke tingkat bawah," katanya.
Ketua sekolah pondok KH Abdus Salam Mujib, berkata bangunan yang runtuh itu baharu dibina kira-kira sembilan bulan lalu secara berperingkat dan belum siap sepenuhnya, dengan tingkat tiga baharu sahaja dibina untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.
Awal bulan ini, sebuah bangunan dua tingkat Madrasah Assoibiyah di Bogor, Jawa Barat, yang masih dalam pembinaan turut runtuh, mengorbankan empat orang dan mencederakan 84 yang lain.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bangunan empat tingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur runtuh ketika solat Asar, menyebabkan seorang maut, lebih 70 cedera dan 38 pelajar masih hilang.
- Bangunan yang masih dalam pembinaan itu dipercayai runtuh akibat tiang asas gagal menampung beban konkrit yang sedang dituang di tingkat atas.
- Pasukan penyelamat dari pelbagai agensi dikerah ke lokasi, sementara insiden ini menyusul kejadian serupa di Bogor awal bulan yang turut melibatkan runtuhan bangunan sekolah.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata seramai 38 orang masih hilang selepas Pondok Pesantren Al Khoziny di Kabupaten Sidoarjo -- terkenal sebagai pusat melahirkan ulama sejak 1927 -- runtuh pada petang Isnin ketika solat Asar.
Sehingga pagi Selasa, seramai 102 orang telah dipindahkan, dengan 91 berjaya menyelamatkan diri, manakala 11 lagi diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat.
Seorang mangsa disahkan maut.
Sekurang-kurangnya 77 mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dengan 34 dirawat di Hospital Sidoarjo, 38 di Hospital Siti Hajar dan empat di Hospital Delta Surya, katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), unit bencana daerah, polis, tentera dan sukarelawan dikerah ke lokasi, menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan.
Menurut Abdul Muhari, kejadian berlaku ketika pekerja sedang menuang bancuhan konkrit di tingkat paling atas.
"Ketika solat Asar sekitar 3 petang waktu tempatan, tiang asas dipercayai tidak mampu menampung beban, lalu menyebabkan keseluruhan struktur runtuh hingga ke tingkat bawah," katanya.
Ketua sekolah pondok KH Abdus Salam Mujib, berkata bangunan yang runtuh itu baharu dibina kira-kira sembilan bulan lalu secara berperingkat dan belum siap sepenuhnya, dengan tingkat tiga baharu sahaja dibina untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.
Awal bulan ini, sebuah bangunan dua tingkat Madrasah Assoibiyah di Bogor, Jawa Barat, yang masih dalam pembinaan turut runtuh, mengorbankan empat orang dan mencederakan 84 yang lain.
-- BERNAMA

#Pondok Pesantren Al Khoziny
#Sidoarjo Jawa Timur
#bangunan runtuh
#beban konkrit
#pasukan penyelamat