awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelamat temui 6 mayat mangsa pesawat terhempas di timur Indonesia

Bernama
Bernama
27/06/2023
11:02 MYT
Penyelamat temui 6 mayat mangsa pesawat terhempas di timur Indonesia
Pasukan penyelamat berkata, pesawat itu terbakar sepenuhnya dengan semua orang di dalamnya terbunuh. - Gambar/ Twitter Bernama/ Media sosial
JAKARTA: Pasukan penyelamat pada Selasa menemukan enam mayat mangsa dari sebuah pesawat kecil yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah timur Indonesia Highland Papua, Jumaat lepas.
Ketua pegawai operasi agensi mencari dan menyelamat Jayapura, Marinus Ohoirat, memberitahu Xinhua bahawa pesawat itu terbakar sepenuhnya dengan semua orang di dalamnya terbunuh.
"Kami sedang memindahkan semua mangsa menggunakan helikopter ke lapangan terbang di bandar Wamena," katanya sambil menambah mangsa kemudiannya akan dipindahkan ke Jayapura, ibu kota wilayah itu, untuk pengecaman.
Pesawat itu yang membawa dua anak kapal dan empat penumpang, terputus hubungan dengan pengawal trafik udara tujuh minit selepas berlepas dari lapangan terbang Elelim di Kabupaten Yalimo pada 10.53 pagi waktu tempatan Jumaat lepas, dalam perjalan menuju ke lapangan terbang Poik.
Serpihan pesawat Cessna Caravan itu ditemukan oleh peronda udara beberapa jam kemudian di atas lantai hutan dengan asap masih kelihatan dari pesawat itu. Bagaimanapun, cuaca buruk menghalang usaha menyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Indonesia
#Highland Papua
#nasib mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan