DUNIA
Penyelamat temui, keluarkan empat mayat nahas helikopter di Papua
Mayat dua kru dan dua penumpang itu ditemukan pada Khamis dan dibawa ke Lapangan Terbang Mozes Kilangin, Timika. - Gambar/ SAR Timika
JAKARTA: Pasukan penyelamat menemukan mayat empat mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di kawasan pergunungan terpencil Jila, Papua, menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Timika.
Helikopter AS350 B3 yang dikendalikan PT Intan Angkasa dengan pendaftaran PK-IWS itu dilaporkan terputus hubungan pada petang Rabu ketika dalam penerbangan dari Ilaga di daerah Puncak ke Timika di daerah Mimika.
Helikopter berkenaan sedang menjalankan misi penghantaran logistik ke komuniti pedalaman di kawasan itu.
Ketua Pejabat SAR Timika, Charles Y. Batlajery berkata dua kru dan dua penumpang itu ditemukan pada Khamis dan dibawa ke Lapangan Terbang Mozes Kilangin, Timika.
"Kesemua empat mangsa disahkan maut dan telah diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.
Sebuah lagi helikopter milik syarikat sama dengan pendaftaran PK-IWD yang berlepas dari Ilaga beberapa minit lebih awal pada hari kejadian telah mengesan bangkai pesawat di cerun gunung, sekali gus mencetuskan operasi mencari bersama penyelamat Timika, tentera, polis dan kakitangan syarikat.
Insiden itu merupakan nahas helikopter kedua di Indonesia bulan ini selepas sebuah Airbus BK117 D-3 yang membawa lapan orang terhempas di Kalimantan Selatan pada 1 Sept, mengorbankan semua penumpang.
-- BERNAMA