DUNIA
Penyelesaian dua negara adalah kunci, Indonesia akan iktiraf Israel selepas Palestin capai kedaulatan - Prabowo
Prabowo menegaskan bahawa menamatkan perang di Gaza harus menjadi keutamaan masyarakat antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto memuji negara-negara seperti Perancis, Kanada, Australia, United Kingdom (UK) dan Portugal kerana mengiktiraf Palestin.
Ringkasan AI
"Pengiktirafan terhadap Negara Palestin adalah langkah tepat di sisi sejarah. Kepada mereka yang belum bertindak, kami katakan sejarah tidak akan berhenti," katanya dalam ucapan di Dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, menurut Sekretariat Presiden.
Beliau turut menegaskan bahawa menamatkan perang di Gaza harus menjadi keutamaan masyarakat antarabangsa, sambil menekankan kesediaan Indonesia untuk menyumbang, termasuk menghantar pasukan pengaman di bawah mandat PBB.
"Kita mesti mengatasi kebencian, ketakutan dan prasangka. Kita mesti mencapai keamanan yang didambakan umat manusia.
"Kami bersedia menyertai perjalanan ini dan kami sanggup menyediakan pasukan pengaman," kata Prabowo.
Persidangan peringkat tinggi PBB itu yang dipengerusikan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi diadakan bagi menegaskan semula sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara dan menggerakkan sokongan untuk pelaksanaannya.
Menurut PBB, para perwakilan dijangka menerima pakai dokumen hasil yang memetakan laluan ke arah penyelesaian aman bagi isu Palestin.
Prabowo menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan mengecam keganasan terhadap orang awam.
"Ribuan nyawa tidak berdosa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terkorban.
"Kebuluran semakin menghampiri. Bencana kemanusiaan sedang berlaku di depan mata kita.
"Kami mengecam semua bentuk keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Perancis dan Arab Saudi atas kepimpinan mereka menganjurkan mesyuarat itu.
Prabowo sekali lagi menegaskan sokongan negaranya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, menyifatkannya sebagai satu-satunya jalan menuju keamanan berkekalan.
"Kita mesti menjamin penubuhan negara Palestin, namun Indonesia juga menyatakan bahawa sebaik sahaja Israel mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Palestin, Indonesia akan segera mengiktiraf negara Israel serta menyokong semua jaminan keselamatan untuk Israel," katanya.
Prabowo menekankan Deklarasi New York sebagai laluan adil ke arah keamanan, sambil menegaskan bahawa pengiktirafan kenegaraan mesti membawa keamanan sejati untuk semua pihak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memuji negara-negara yang mengiktiraf Palestin seperti Perancis, Kanada, Australia, UK dan Portugal, sambil menyeru negara lain agar tidak ketinggalan dalam sejarah.
- Indonesia bersedia menghantar pasukan pengaman di bawah PBB untuk membantu menamatkan perang di Gaza dan menegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara sebagai jalan menuju keamanan berkekalan.
- Prabowo mengecam keganasan terhadap orang awam di Gaza dan menyatakan kesediaan Indonesia untuk mengiktiraf Israel sekiranya negara itu mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Palestin.