DUNIA
Penyelesaian dua negara kunci keamanan berkekalan di Asia Barat - Guterres
Guterres (foto) menyeru masyarakat antarabangsa agar melipatgandakan usaha ke arah penyelesaian ini, yang disokong oleh undang-undang antarabangsa dan komuniti global. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres sekali lagi menegaskan bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, menyifatkannya sebagai syarat penting bagi keamanan menyeluruh di rantau Asia Barat, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Ringkasan AI
Bercakap pada sesi pembukaan mesyuarat menteri bagi Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Aman Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, Guterres merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi dan Perancis kerana bersama-sama mempengerusikan persidangan itu.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar melipatgandakan usaha ke arah merealisasikan penyelesaian dua negara dan menekankan bahawa persidangan itu merupakan peluang penting untuk menghentikan penjajahan serta mencapai keamanan berkekalan.
Guterres turut menegaskan bahawa penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya kerangka yang berteraskan undang-undang antarabangsa dan disokong oleh komuniti antarabangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menegaskan bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan di Asia Barat.
- Beliau menghargai usaha Arab Saudi dan Perancis dalam menganjurkan persidangan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada isu Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara.
- Guterres menyeru masyarakat antarabangsa agar melipatgandakan usaha ke arah penyelesaian ini, yang disokong oleh undang-undang antarabangsa dan komuniti global.