DUNIA
Penyelesaian dua negara satu-satunya jalan selesai konflik Israel-Palestin - Kremlin
Asap tebal menjulang dari Gaza yang musnah selepas letupan besar. - Foto REUTERS
MOSCOW: Rusia berpendapat penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin merupakan jalan penyelesaian kepada pertumpahan darah di Asia Barat, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Isnin sebagai reaksi terhadap langkah beberapa negara mengiktiraf Negara Palestin, lapor Xinhua.
"Kami kekal komited terhadap resolusi asas Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan berpegang pada konsensus antarabangsa bagi menyelesaikan isu Palestin-Israel berasaskan penyelesaian dua negara," kata Peskov.
Beliau menegaskan Moscow melihat penyelesaian itu sebagai "satu-satunya jalan yang boleh dilaksanakan" untuk menamatkan konflik semasa, sambil menyifatkan "konflik Palestin-Israel kini berada pada fasa paling parah dan tragis dalam keseluruhan sejarahnya."
Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 telah meragut lebih 65,200 nyawa dan mencederakan lebih 166,000 yang lain.
Pada Ahad, Britain, Australia, Kanada dan Portugal mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini