DUNIA
Penyelidik Jepun bangunkan peranti kurangkan risiko kebakaran bateri litium-ion
Inovasi itu dibuat susulan peningkatan mendadak kes bank kuasa mudah alih terbakar di tempat awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan/Adobe Stock
NAGOYA: Sekumpulan penyelidik di sebuah universiti Jepun telah membangunkan peranti mudah alih untuk penyimpanan, pengumpulan, pengangkutan dan pelupusan selamat bateri litium-ion susulan peningkatan insiden kebakaran berkaitan bateri berkenaan di negara itu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kumpulan penyelidik yang diketuai penolong profesor di Universiti Nagoya, Norikazu Ishigaki, menyasarkan untuk mengkomersialkan "alat pemadam kebakaran mudah alih" berbentuk kotak itu menjelang April melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan.
Peranti itu mengandungi ammonium fosfat, bahan kimia yang banyak digunakan dalam pemadam api konvensional. Jika bateri litium-ion terbakar di dalamnya, api akan terperangkap dalam peranti tersebut, sekali gus menghalang haba daripada keluar dan api daripada merebak.
Inovasi itu dibuat susulan peningkatan mendadak kes bank kuasa mudah alih terbakar di tempat awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga menimbulkan kebimbangan keselamatan dan gesaan agar langkah pencegahan diambil.
Bateri litium-ion yang biasanya digunakan dalam bank kuasa mudah alih dan stesen tenaga mudah alih boleh terbakar jika terlebih panas akibat hentakan, pendedahan kepada cahaya matahari langsung atau haba yang terhasil ketika pengecasan.
Walaupun bateri tersebut sepatutnya dikumpulkan mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan, banyak yang dibuang secara tidak betul sebagai sampah, menyebabkan beberapa insiden bateri terbakar dalam lori pengutip sampah atau di tapak pelupusan.
Kumpulan penyelidik itu telah mengesahkan keberkesanan peranti tersebut melalui eksperimen bersama pihak berkuasa bomba, kerajaan tempatan dan syarikat pengangkutan sebagai persediaan sebelum ia dipasarkan.
Ishigaki, penyelidik dalam kejuruteraan reka bentuk bahan, berkata adalah penting untuk mewujudkan kaedah selamat bagi penyimpanan dan pelupusan bateri litium-ion memandangkan tidak semua pengguna melupuskannya dengan betul.
-- BERNAMA