awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19

Bernama
Bernama
15/09/2022
11:19 MYT
Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19
Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19. - Gambar hiasan
TAIPEI: Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit berkenaan.
Central news agency (CNA) melaporkan pasukan itu yang diketuai Hsieh Shie-liang, mengesan mekanisma yang menyebabkan pembentukan 'neutrophil extracellular traps' (NET), faktor penyumbang dalam trombosis dalam kalangan pesakit COVID-19.
Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran vesices ektracelular (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor -- CLEC5 and TLR2.
Pasukan hipotesis Hsieh mendapati mekanisma ini turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal COVID-19, dengan paras platelet EV yang tinggi.
Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam ediri 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan itu membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit COVID-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.
Menggunakan tikus sebagai ujikaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet telah menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.
Menurut pasukan itu, penemuan itu menunjukkan platelet merupakan penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2-.
Pasukan itu berkata keputusan itu adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.
Hsieh berkata sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada COVID-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan COVID-19, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelidik Taiwan
#COVID-19
#pembekuan darah
#Hsieh Shie-liang
#neutrophil extracellular traps
#net
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan