awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang bola sepak Jepun, Masato Kudo meninggal dunia pada usia 32 tahun

Faida Rahim
Faida Rahim
23/10/2022
03:38 MYT
Penyerang bola sepak Jepun, Masato Kudo meninggal dunia pada usia 32 tahun
Kudo dimasukkan ke hospital sejak 3 Oktober lalu selepas jatuh sakit sehari sebelum dan disahkan menghidap penyakit Hydrocephalus, masalah lebihan cecair dalam otak. - Foto REUTERS
TOKYO: Bekas penyerang pasukan bola sepak Jepun Masato Kudo meninggal dunia pada usia 32 tahun.
Memetik laporan The Star, Kudo yang pernah mewakili pasukan Kashiwa Reysol, Vancouver Whitecaps dan Brisbane Roar meninggal dunia selepas menjalani pembedahan otak.
Berita ini disahkan oleh kelab bola sepak, Tegevajaro Miyazaki.
Kudo dimasukkan ke hospital sejak 3 Oktober lalu selepas jatuh sakit sehari sebelum dan disahkan menghidap penyakit Hydrocephalus, masalah lebihan cecair dalam otak.
Untuk info, Kudo merupakan pemain penting semasa Kashiwa Reysol mara ke separuh akhir Juara Liga Asia pada 2013 dan berjaya menjaringkan enam gol dalam 12 perlawanan. Kudo turut bermain untuk pasukan kebangsaan dalam empat perlawanan pada 2013 dan berjaya menjaringkan dua gol.
Pemergian Kudo disifatkan sebagai kehilangan besar dalam industri sukan bola sepak Jepun di mana beliau memiliki sikap disenangi, mengambil berat sesama rakan sepasukan dan seorang pemain bola sepak yang hebat.
Kudo yang pernah bermain untuk kelab bola sepak profesional Sanfrecce Hiroshima berjaya menjaringkan 60 gol sepanjang kariernya.
Topic Berkaitan
#Masato Kudo
#Jepun
#meninggal dunia
#Tegevajaro Miyazaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan