CHICAGO: Seorang bekas pelajar kejururawatan berusia 22 tahun bakal menghabiskan sisa hidup dalam penjara sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan berhubung kes serangan gereja dan membakar masjid di California pada 2019, lapor agensi berita Anadolu.
John Earnest mengaku menggunakan senapang separa automatik dan membunuh seorang wanita Lori Gilbert-Kaye, 60, dan mencederakan tiga lain, termasuk seorang kanak-kanak 8 tahun.
"Earnest mengaku bersalah atas perbuatannya disebabkan benci terhadap Yahudi dan mengaku menyebabkan kematian dan kecederaan parah.
"Dia juga mengaku bersalah membakar Masjid Dar-ul-Arqam di Escondido," kata Pejabat Peguam Daerah San Diego dalam satu kenyataan.
Menurut pendakwa, memetik surat ditulis Earnest, dia mendapat inspirasi daripada kejadian tembakan di sebuah rumah ibadat di Pittsburgh pada 2018 dan insiden di Christchurch, New Zealand pada tahun berikutnya.
Perjanjian pengakuan itu menyaksikan Earnest terlepas hukuman mati, tetapi tidak akan dibebaskan dengan parol. Sebagai tambahan kepada hukuman penjara seumur hidup, Earnest bersetuju menjalani hukuman 121 tahun dan 16 tahun di penjara negeri.
Hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 30 September.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Gambar pada tahun 2019 ini menunjukkan anggota polis San Diego sedang mengepung sebuah kediaman di Poway, California, yang dipercayai menjadi tempat John Earnest bersembunyi. - Bernama
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Penyerang gereja, masjid di California mengaku bersalah
John Earnest mengaku menggunakan senapang separa automatik dan membunuh seorang wanita Lori Gilbert-Kaye, 60, dan mencederakan tiga lain.