TEHRAN: Penyokong kerajaan Iran mengadakan satu perhimpunan di ibu kota Tehran pada Sabtu, ketika rundingan damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) sedang berlangsung di Islamabad, Pakistan.
Para peserta perhimpunan dilihat membawa sepanduk dan slogan yang menyokong kepimpinan Iran serta menekankan kedaulatan negara, sambil menyuarakan pendirian tegas terhadap rundingan dengan AS.
Advertisement
Perhimpunan itu berlangsung dalam suasana terkawal dan dipantau oleh pasukan keselamatan, tanpa laporan gangguan besar.
Ia diadakan ketika perhatian antarabangsa tertumpu kepada rundingan berprofil tinggi yang bertujuan menamatkan konflik ketenteraan dan menangani isu keselamatan serantau.
Rundingan damai berkenaan masih berdepan beberapa perbezaan utama, termasuk isu sekatan ekonomi, keselamatan di Selat Hormuz serta program nuklear Iran.
Pemerhati melihat perhimpunan tersebut sebagai isyarat sokongan domestik terhadap pendirian kerajaan Iran ketika proses diplomatik kritikal sedang berlangsung.