awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peperangan akan diteruskan dalam beberapa bulan - Israel

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2023
00:10 MYT
Peperangan akan diteruskan dalam beberapa bulan - Israel
Sebuah jengkaut digunakan bagi membawa mayat mangsa yang terkorban ketika upacara pengebumian beramai-ramai di Rafah. - Foto AP
TEL AVIV: Perang Israel terhadap Hamas di Gaza mungkin akan berterusan selama beberapa bulan, kata ketua tentera negara haram itu Herzi Halevi pada Selasa.
Israel juga, jelasnya akan menggunakan kaedah berbeza untuk mencapai segala matlamat terkait dengan peperangan berkenaan termasuk untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas.
Tambah Herzi, pendekatan berbeza juga akan diambil oleh Israel demi mengekalkan apa yang disifatkan sebagai pencapaian mereka sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023.
"Perang ini mempunyai matlamat yang perlu dan bukan mudah untuk dicapai, ia berlaku di wilayah yang kompleks.
"Oleh itu perang akan berterusan selama beberapa bulan dan kami akan menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengekalkan pencapaian kami untuk masa yang lama," katanya.
Jelasnya lagi, Israel akan komited untuk menghapuskan Hamas, meskipun ia memakan masa berbulan-bulan.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa juga berikrar bahawa negara haram itu tidak akan menghentikan peperangan ini sehingga tidak mencpai matlamatnya.
Beliau juga berikrar bahawa situasi pada 7 Oktober lalu tidak akan berulang semula.
Sehingga kini, Israel telah menggepung dan memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, angka kematian orang awam Palestin akibat pengeboman oleh Israel kini sudah mencapai 21,000 nyawa terkorban.
Topic Berkaitan
#Israel
#perang
#Hamas
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan