awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peperangan beri kesan kepada jutaan orang awam di bandar - PBB

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2022
23:09 MYT
Peperangan beri kesan kepada jutaan orang awam di bandar - PBB
Antonio Guterres bercakap pada satu sesi temu bual di Ibu Pejabat PBB di New York, 20 Jan 2022. - Gambar fail AP
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendakwa jutaan orang kini terjejas akibat pertempuran serta peperangan yang melibatkan kawasan bandar dan kota di seluruh dunia.
Menurutnya, ramai juga mangsa menghadapi kecacatan seumur hidup serta trauma psikologi yang kritikal.
Memberi contoh di Mosul, Iraq, selepas beberapa tahun sebahagian besar kawasan perumahan di bandar-bandar musnah, sekitar 300,000 orang masih kehilangan tempat tinggal.
"Dari Afghanistan ke Libya, Syria, Yaman dan seterusnya, risiko bahaya kepada orang awam meningkat apabila tentera bergerak di kalangan mereka dan meletakkan kemudahan dan peralatan militari berhampiran infrastruktur awam.
"Konflik di kawasan bandar memberi kesan kepada orang awam," katanya ketika membuka perbincangan Majlis Keselamatan mengenai bagaimana melindungi orang awam yang terperangkap dalam konflik bandar, di New York, pada Selasa.
Katanya, peperangan meletakkan orang ramai dalam risiko pengepungan dan sekatan, yang memberi kesan teruk kepada orang awam di bandar, termasuk isu kebuluran.
"Peperangan di bandar memaksa berjuta-juta orang meninggalkan rumah mereka, menyumbang kepada rekod bilangan pelarian dan orang yang dipindahkan.
"Empat tahun selepas 80 peratus perumahan musnah di Mosul, dianggarkan 300,000 orang masih kehilangan tempat tinggal," katanya.
Orang awam, jelasnya, akan menghadapi kesulitan untuk jangka masa panjang kesan daripada perkembangan ini.
Beliau turut menggesa pihak-pihak berkonflik mengambil langkah bagi meminimumkan kemusnahan awam.
Topic Berkaitan
#peperangan
#trauma
#PBB
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan