DUNIA
Peranan China di PBB tidak boleh diabaikan - Guterres
Antonio Guterres berkata bahawa China telah menggariskan dasar kerjasama pembangunan yang amat penting dalam pelbagai aspek. - Reuters
TIANJIN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menegaskan China memainkan peranan yang sangat aktif dalam semua bidang teras badan dunia itu, termasuk keamanan dan keselamatan, pembangunan mampan serta hak asasi manusia.
"Kami sedang meningkatkan kerjasama antara PBB dengan China secara terus-menerus, katanya dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Guterres berkata bahawa China telah menggariskan dasar kerjasama pembangunan yang amat penting dalam pelbagai aspek.
"Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) merupakan agenda utama kami dan sumbangan China dalam bidang ini tidak boleh dilupakan.
"Selain itu, China giat memainkan peranan sebagai pengantara bagi konflik-konflik tertentu, selaras dengan misi teras PBB yang menekankan kedamaian.
"China juga hadir sebagai peneraju dalam memacu transformasi industri berorientasikan TBB (tenaga boleh baharu), yang dilihat melengkapi matlamat utama PBB untuk menangani isu perubahan iklim.
"Justeru, saya berpendapat China kini sudah menjadi tunjang utama bagi amalan multilateralisme, malah bagi gerak kerja PBB," katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai bidang utama kerjasama antara China dengan PBB pada masa depan, Guterres berkata bahawa dalam Pact for the Future yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB tahun lalu, beberapa bidang kritikal telah digariskan.
"Kami menyedari kepentingan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan digital, yang tidak seharusnya terhad kepada negara-negara maju atau hanya antara negara kuasa besar seperti China. Kita juga harus berusaha memastikan negara-negara membangun juga dapat berkongsi manfaat yang dibawa dari sektor AI.
"Menyentuh tentang isu iklim, kita sememangnya berada dalam fasa peralihan ke transformasi TBB, yang sudah terbukti sebagai kaedah jana kuasa yang paling ekonomi dan efisien.
"China memainkan peranan sebagai pembimbing dalam bidang ini.
"Pada masa yang sama, kami sedang aktif mempromosikan New Agenda for Peace yang menekankan dialog dan kerjasama, menjadikan kebudayaan dan tamadun yang berbeza untuk maju bersama. Ini telah mendapat sambutan dari China, yang pada masa sama menunjukkan komitmen melalui Inisiatif Peradaban Global," kata Guterres.
Dalam Mesyuarat "Kerjasama Shanghai (SCO) +" yang diadakan di Tianjin pada 1 Sept lalu, Presiden Xi Jinping buat kali pertama mengemukakan Inisiatif Tadbir Urus Global.
Guterres menyambut baik cadangan itu dengan berkata sempena memperingati ulang tahun ke-80 PBB dan kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia, kita perlu mempertingkatkan lagi kerjasama antarabangsa pada abad ke-21 serta mengekalkan amalan berpaksi kepada rakyat.
"Saya mengalu-alukan Inisiatif Tadbir Urus Global anjuran Presiden Xi, yang menekankan kepentingan mengekalkan amalan multilateralisme dan memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan PBB serta orde antarabangsa berdasarkan Undang-undang Antarabangsa.
"Mari kita berganding bahu untuk memenuhi janji yang termaktub dalam Piagam PBB dan menjadikannya sebagai kenyataan agar dapat berusaha bersama untuk mewujudkan masa depan yang penuh kedamaian, bermaruah dan perpaduan," kata beliau.
Dalam temu bual itu, Guterres juga menyatakan pandangannya mengenai Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, dan Inisiatif Peradaban Global yang disarankan Xi.
"Saya berpendapat bahawa inisiatif-inisiatif ini sangat relevan dengan realiti yang kita hadapi.
"Oleh itu, saya berpendapat bahawa isu-isu yang menjadi perhatian PBB sama sekali seiring dengan inisiatif-inisiatif anjuran Xi," katanya.
-- BERNAMA