awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis akan halang pengguna bawah 15 tahun akses media sosial

Amanz
Amanz
11/06/2025
02:40 MYT
Perancis akan halang pengguna bawah 15 tahun akses media sosial
Negara seperti Australia dan Indonesia mula mengambil langkah proaktif dengan memperkemaskan aspek perundangan menghadkan akses platform media sosial kepada pengguna bawah umur. - Gambar hiasan
TERDAPAT dua pendapat berbeza mengenai penggunaan laman media sosial oleh individu bawah umur.
Ada yang mendakwa ia lebih memudaratkan sementara ada juga mengatakan ia tidak mendatangkan sebarang kesan.
Yang pasti, China sudah menghadkan akses internet dan permainan video ke atas golongan ini dan Australia pula telah meluluskan rang undang-undang (RUU) menghalang individu bawah 16 tahun menggunakan media sosial.
Perancis pula kini dilaporkan akan menghalang akses media sosial kepada remaja bawah 15 tahun dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Tindakan drastik ini diambil selepas insiden remaja 14 tahun menikam mati seorang kakitangan sekolah di Perancis semalam ketika proses pemeriksaan beg sebelum memasuki pekarangan sekolah.
Presiden Emanuel Macron dipetik berkata beliau memberikan Kesatuan Eropah (EU) dua bulan bagi memulakan pergerakan mengharamkan media sosial di peringkat Eropah dan sekiranya tidak Perancis akan melakukannya sendiri.
Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan mengapa pelajar menyerang kakitangan dan apakah perkaitannya dengan penggunaan media sosial oleh remaja.
Cuma ramai berpendapat media sosial kini adalah seperti rokok, vape, plumbum dalam petrol dan CFC yang dahulunya dianggap selamat digunakan tetapi sebenarnya memudaratkan.
Negara seperti Australia dan Indonesia mula mengambil langkah proaktif dengan memperkemaskan aspek perundangan menghadkan akses platform media sosial kepada pengguna bawah umur khususnya kanak-kanak.
Namun begitu, Malaysia masih belum mempunyai perancangan tersebut.
Di Malaysia , Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah menyatakan perlunya penelitian mendalam mengenai kesan psikologi dan perbezaan akses maklumat di antara kanak-kanak dan remaja.
Pada ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang akses media sosial ke atas pengguna bawah umur.
Sumber: Euro News
Topic Berkaitan
#bawah umur
#media sosial
#Perancis
#sekat akses
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami