awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis bakal bina kapal pengangkut pesawat baharu - Macron

Bernama
Bernama
21/12/2025
22:00 MYT
Perancis bakal bina kapal pengangkut pesawat baharu - Macron
Macron dilihat berbincang dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan selepas menghadiri majlis makan tengah hari di Muzium Negara Zayed, Pulau Saadiyat, Abu Dhabi. - Foto REUTERS
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad mengumumkan permulaan kerja-kerja pembangunan dan pembinaan kapal pengangkut pesawat masa hadapan Tentera Laut negara itu, sambil menyifatkannya sebagai langkah penentu untuk memperkukuh kuasa maritim Perancis, lapor Xinhua.
"Selaras dengan dua undang-undang pengaturcaraan ketenteraan yang lalu dan selepas semakan menyeluruh serta teliti, saya telah memutuskan untuk melengkapkan Perancis dengan sebuah kapal pengangkut pesawat baharu.
"Keputusan untuk melancarkan program besar ini dibuat minggu ini," kata Macron ketika berucap kepada angkatan tentera Perancis yang ditempatkan di Emiriah Arab Bersatu.
Kapal pengangkut pesawat baharu itu akan menggantikan Charles de Gaulle dan dijangka mula beroperasi pada 2038, lapor akhbar harian Perancis, Le Figaro.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#kapal pengangkut pesawat
#Charles de Gaulle
#Angkatan Tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan