awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis kesan varian COVID-19 terbaharu buat kali pertama

Bernama
Bernama
24/05/2025
05:15 MYT
Perancis kesan varian COVID-19 terbaharu buat kali pertama
Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi.
Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.
"Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes--tidak banyak - empat kes telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti," kata ahli virologi, Bruno Lina.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan, sehingga April lalu, beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.
Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa bahagian Asia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit yang lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian baharu
#Perancis
#Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan